• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Keupayaan Alam, Elak Tragedi Lemas

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti air perlu sentiasa mengambil berat aspek keselamatan diri selain berwaspada terhadap keupayaan alam semula jadi bagi mengelakkan insiden tidak diingini terutamanya lemas.

Pegawai Penyelaras Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Cawangan Pengurusan Pasukan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penguasa Bomba Mohamad Issmanto Md Pono berkata sikap alpa terhadap faktor-faktor berkenaan antara punca ditimpa padah ketika melakukan aktiviti di air.

“Sikap tidak prihatin pada aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti air termasuk tidak tahu berenang dan tidak menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dikenal pasti antara punca utama kejadian lemas.

“Faktor lain yang menyebabkan kejadian lemas ialah apabila seseorang itu tidak mampu bertahan dalam arus kuat dan bergelora seperti fenomena kepala air, atau sekiranya mangsa panik atau kepenatan dan mengalami kekejangan,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Issmanto berkata antara tanda-tanda akan berlaku fenomena kepala air ialah apabila paras air meningkat, warna air yang berubah menjadi keruh atau kadar kederasan air meningkat.

“Sekiranya ada petanda hujan akan turun seperti mendung, buatlah penilaian terbaik dengan meninggalkan tempat berkenaan ke tempat lebih selamat atau lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terperangkap dalam arus deras, mangsa perlu bertenang dan bertahan dengan berpaut pada tiang, ranting, dahan atau batang pokok serta menjerit meminta pertolongan.

“Selain itu, cubalah angkat kepala lebih tinggi dari paras air dan cuba berenang ke tebing sungai.

“Orang awam yang melihat kejadian lemas pula segeralah menghubungi pihak berkuasa seperti JBPM dengan segera bagi memohon bantuan,” katanya.

Beliau berkata sejak Januari lalu hingga hari ini, JBPM menerima tujuh kes lemas akibat kejadian kepala air membabitkan 15 mangsa berbanding 34 kes membabitkan 43 mangsa sepanjang tahun lepas dan 24 kes dengan 31 mangsa pada 2016.

Bagi menangani insiden lemas, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menubuhkan Majlis Keselamatan Aktiviti Air pada Januari 2016, dengan tujuan menerapkan kesedaran tentang keselamatan aktiviti air dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd