• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Anak Bergaduh, Mak Keluar Pedang Samurai

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR menerusi media sosial video pertelingkahan di antara dua jiran di sebuah taman perumahan di Paka, Terengganu sehingga membabitkan senjata pedang samurai.

Insiden yang dipercayai berlaku pada petang Sabtu itu dirakam oleh saudara pengadu selepas berlaku pertengkaran mulut di antara anak-anak saudaranya dengan anak-anak jiranya sebelum ia dicampuri ibu-bapa mereka.

Menerusi rakaman, bapa kepada kanak-kanak perempuan terbabit tampil berdepan dengan pengadu yang merakam video tersebut dan kedua-duanya bertikam lidah dan saling menuding jari.

Situasi menjadi semakin tegang apabila dua anak perempuan lelaki terbabit gagal mengawal diri lalu bertindak biadab dengan memperlekehkan pengadu dan seorang lagi wanita yang dipercayai ibu kepada pengadu.

Sesekali kanak-kanak perempuan berbaju biru itu cuba menyerang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak jirannya itu, namun dilepaskan selepas ditegah pengadu.

Tidak lama kemudian, kelihatan isteri lelaki terbabit datang membawa sebilah pedang samurai dan bertindak mengacu ke arah ibu pengadu.

Wanita berusia 40-an itu sambil mengeluarkan kata-kata kesat, mengancam ingin mencederakan ibu pengadu namun ia ditegah oleh suaminya.

Sekeluarga itu kemudian beredar namun dua anak perempuannya masih memperlekehkan pengadu yang ternyata tidak menghormati orang dewasa.

Difahamkan juga, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, netizen mengecam sekeluarga terbabit yang tidak faham erti hidup berjiran sehingga tercetusnya kejadian yang tidak diingini.

Malah turut mempersoalkan bagaimana mereka mengajar dua anak perempuan mereka yang berkelakuan tidak senonoh seperti itu.

“Kalau mak dah perangai macam gitu… anak pon ikut sama menyetan. Ni namanya bodoh seketurunan tak penah simpan, anak gaduh tu dia bawak parang. Hok pakcik tu pon 2 kali 5 mu tu laki, kawal la keadaan sikit,” tulis Fazly Anil.

“Dari gambar second last tuh dah tau perangai anak dia macam mana, jenis betina tak hormat orang tua siap di ejek-ejeknya makcik tuh dengan betina bahlol tuh. Sian kau dik, tek baru nak tumbuh dah perangai macam tuh,” kata Azali Razak.

Selain itu, netizen juga menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap keluarga terbabit yang memiliki senjata tajam kerana bimbang ia akan disalahgunakan untuk mengancam keselamatan para penduduk yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gaduhjiranpedang samurai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Beradik Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera

Next Post

Kempen Shahrizat: Desperate Atau Paksa Cara Halus

Related Posts

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

Dua Tentera Cedera Bergaduh Akibat Salah Faham

Dua Tentera Cedera Bergaduh Akibat Salah Faham

14/05/2024
0

Temerloh : Dua anggota tentera cedera selepas terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada salah faham di Kem Tentera Batu...

Next Post

Kempen Shahrizat: Desperate Atau Paksa Cara Halus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd