• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

United Airlines Larang Wanita Bawa Burung Naik Pesawat

oleh Haris
11/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang penumpang kapal terbang syarikat United Airllines gagal dalam percubaan membawa bersama burung merak yang merupakan ‘haiwan terapi’nya, dalam satu penerbangan dari New Jersey ke Los Angeles.

Ini kerana syarikat tersebut melarang burung merak berkenaan daripada menaiki pesawat atas alasan kesihatan dan keselamatan.

Ventiko, yang merupakan seorang artis dan jurugambar dari New York itu dikatakan sudah membeli tiket tempat duduk untuk burung meraknya yang diberikan nama Dexter, untuk menaiki pesawat tersebut.

Menurut jurucakap United Airllines, burung merak itu tidak memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan termasuk berkenaan had saiz dan berat badan.

Bahkan, jelas United Airlines, pihaknya sudah berulang kali memaklumkan kepada Ventiko sebelum tiba di lapangan terbang bahawa dia tidak dibenarkan membawa bersama burungnya ke dalam pesawat.

Sejumlah gambar dan video Dexter bertenggek di atas troli bagasi di Lapangan Antarabangsa Newark di New Jersey itu dikongsi rancangan televisyen berkonsepkan ‘makan angin’ The Jet Set.

Video tersebut dirakam oleh seorang orang awam yang menyaksikan gelagat Ventiko dan Dexter ketika tiba di lapangan terbang tersebut.

Menurut hos rancangan televisyen tersebut, ini bukan kali pertama Ventiko cuba membawa bersama burungnya menaiki pesawat kerana sebelum ini dia juga pernah dilarang berbuat demikian di Lapangan Antarabangsa John F Kennedy di New York.

Difahamkan, selepas melarang Ventiko menaiki pesawat, pihak United Airlines telah mengembalikan kos tiket penerbangan kepada Ventiko serta turut membayar tambang teksinya ke hotel.

@kumathedestructor took this great shot of me at #newarkairport today. Spent 6 hours trying to get on my flight to LA 😤🐣 (after following all required protocol) Tomorrow my human friends are going to drive me cross country! Keep an 👁out for us! 🌈 #bestroadtripbuddy #dexterthepeacock

A post shared by Dexter The Peacock (@dexterthepeacock) on Jan 27, 2018 at 7:01pm PST


Dexter, yang mempunyai akaun laman sosial Instagram, turut berkongsi gambar pada hari tersebut dan menulis kapsyen yang mengatakan selepas enam jam mencuba untuk menaiki penerbangan tersebut, dia akan merentas Amerika Syarikat dengan dipandu ‘teman-teman manusianya’.

Haiwan terapi (support animals) adalah haiwan-haiwan khas yang ditugaskan untuk membantu pemilik mereka berkenaan masalah emosi atau psikiatri.

Antara masalah emosi atau psikiatri yang biasa memerlukan pemilik membawa haiwan mereka adalah gangguan trauma lampau (PTSD).

Anjing merupakan antara haiwan terapi yang paling biasa dibawa masuk ke dalam pesawat. -MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: burung merakhaiwan peliharaanlapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

13/11/2022
0

PARIS – Seorang lelaki Iran yang menjadi perhatian seluruh dunia kerana menetap di sebuah lapangan terbang di Paris selama 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd