• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Udin Jawi, Arjuna Diburu

oleh Ahmad Albab
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lanun warga Indonesia dikenali sebagai Udin Jawi dan Arjuna yang merompak kapal tangki MT MGT-1 di perairan negara pada September tahun lalu menjadi buruan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Unit Komunikasi Korporat APMM Faridah Shuib berkata, ia susulan notis merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) yang mengesan suspek berkenaan dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Amaran merah itu dikeluarkan untuk mengesan Udin, 51, dari Tanjung Pinang, dan Arjuna, 45, dari Pulau Taliabu selepas melarikan diri pada 6 September tahun lalu.

“Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam rompakan berkumpulan dan bersenjata,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, waran tangkap terhadap tertuduh juga sudah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu, pada 20 Disember tahun lalu.

Dalam kejadian 6 September tahun lalu, kapal membawa 1.706,318 tan metrik diesel itu dipintas sebuah bot di perairan Malaysia berhampiran Pulau Yu Besar, Terengganu.

Enam lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau serta parang memanjat kapal berkenaan sebelum mengikat semua anak kapal.

Kemudian, sebuah kapal tangki dengan enam lelaki tiba dan memindahkan diesel. Seramai 11 daripada mereka sudah dijatuhi hukuman, manakala tiga berjaya meloloskan diri termasuk Udin dan Arjuna.

Faridah berkata, mana-mana pihak mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi Leftenan Komander (M) Mohd Faizal Abdul Rahman atau Leftenan (M) Mohd Shahrul Ehsan Abdullah dari Cawangan Siasatan Jenayah Maritim (MCID) Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya di talian 03 89957813 atau pejabat APMM terdekat. – myMetro Online

Tags: APMMLanun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd