• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Arah Guantanamo Terus Dibuka

oleh Ahmad Albab
03/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani arahan eksekutif untuk meneruskan operasi pusat tahanan tentera di Teluk Guantanamo.

Bekas Presiden AS, Barack Obama sebelum ini pernah gagal menutup penjara yang dikritik komuniti dunia itu.

Dalam ucapan kepada perwakilan di Kongres, Trump menjelaskan dia hanya memenuhi janji kempen untuk meneruskan operasi penjara itu.

Penjara di pangkalan tentera AS di Guantanamo, Cuba itu dikhaskan untuk suspek pengganas antarabangsa.

“Sebelum masuk ke sini, saya sudah menandatangani perintah mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis untuk meneliti semula dasar tahanan ketenteraan kita dan meneruskan pembukaan kemudahan tahanan di Teluk Guantanamo,” kata Trump.

Perintah eksekutif Trump itu memberi kuasa kepada tentera AS menambah tahanan dan mencadangkan suspek militan Daish mungkin dihantar ke penjara itu untuk kali pertama.

Obama menandatangani satu perintah pada hari pertama dia berkuasa pada 2009 untuk memulakan usaha menutup Guantanamo dalam tempoh setahun, namun rancangan itu digagalkan pembangkang Republikan di Kongres.

Sebaliknya, pentadbiran beliau mengurangkan jumlah tahanan kepada 41 daripada 242 sepanjang lapan tahun menjadi presiden.

Penjara itu dibuka oleh bekas Presiden George W Bush untuk menahan suspek militan yang ditahan di luar negara selepas serangan 11 September 2001.

Ia kemudian menjadi simbol amalan tahanan kejam yang mendedahkan AS kepada tuduhan penyeksaan. – Reuters/myMetro Online

Tags: GuantanamoPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd