• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tribunal Aduan Medium Pesawah Suarakan Keluhan

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER HITAM – Penubuhan Tribunal Aduan Pesawah, sekiranya direalisasikan kelak, mampu menjadi medium bagi membantu pesawah daripada menjadi mangsa keadaan dalam hal berkaitan pertanian seperti isu pemotongan gred padi yang terlalu tinggi oleh pengilang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Othman Aziz berkata dengan adanya tribunal berkenaan, ia mampu berfungsi sebagai sebuah badan bebas dengan prosedur operasi standard (SOP) yang tersendiri bagi para pesawah menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati.

“Kalau ada tribunal ini pesawah boleh minta pampasan daripada pihak pengilang atau pembekal padi misalnya sekiranya aduan dibuat itu betul dan mengikut fakta…barulah suara petani itu dapat didengari dan dibela,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sumber Kekayaan Baru (Kelapa) di sini hari ini.

Othman mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Sabtu lepas berhubung penubuhan tribunal berkenaan untuk para pesawah yang berhadapan masalah kadar pemotongan gred padi terlalu tinggi oleh pengilang hingga menjejaskan pendapatan mereka.

Sambil menyokong penuh cadangan berkenaan, Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tribunal itu juga boleh diwujudkan bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan seperti masalah pesawah yang mendapat bekalan benih padi yang tidak sah, kelewatan mendapatkan bekalan baja, serta masalah kualiti input pertanian yang dibekalkan.

Sehubungan itu, katanya tribunal berkenaan dilihat mampu melindungi golongan pesawah dan mencari langkah penyelesaian menangani pengilang yang mengambil kesempatan ke atas pesawah dalam isu pemutuan dan pemotongan gred padi berdasarkan peraturan sedia ada.

Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun turut mengaitkan masalah padi angin yang antara lain disebabkan oleh benih padi tidak sah dan kurang berkualiti, sehingga menjejaskan kira-kira lapan hingga 10 peratus atau 65,000 tan metrik tuaian padi di kawasan MADA.

Mengenai sumber kekayaan baharu (kelapa), Othman berkata sebanyak 9,000 pokok kelapa Matag dibekalkan di tujuh Parlimen di negeri ini pada fasa pertama, dengan anggaran sebanyak 1.2 juta biji kelapa dapat dikeluarkan pada tahun keempat penanaman.

Ia membabitkan anggaran nilai pengeluaran sebanyak RM2.4 juta.

Pada majlis itu, Othman mengagihkan sebanyak 2,000 pokok kelapa Matag kepada 500 penerima bagi Parlimen Jerlun.

Setiap penerima menerima empat benih pokok kelapa beserta peket input pertanian seperti kapur, baja organik dan racun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 600 biji kelapa dan nilai pengeluaran berjumlah RM1,200 pada tahun keempat penamanan (bagi setiap individu). – BERNAMA

Tags: aduanPesawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

15/11/2025
0

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan di 25 lokasi di seluruh negeri hari ini...

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

25/09/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd