• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perubahan Agihan Kerusi DUN Setakat Ini

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata setakat ini tiada perubahan dalam agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata sekalipun terdapat desakan akar umbi agar diadakan pertukaran kerusi, perkara itu belum dibincangkan oleh BN Kedah.

“Setakat ini status quo kekal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri, di sini hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata sebarang isu pertukaran kerusi akan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi.

Beliau mengulas desas-desus desakan akar umbi yang mahu UMNO mengambil alih kerusi tradisi Gerakan di DUN Derga yang kini disandang DAP.

DUN Kedah mempunyai 36 kerusi dengan 28 kerusi ditandingi UMNO, empat diperuntukkan kepada MCA sementara MIC dan Gerakan masing-masing mempunyai dua kerusi tradisi.

Empat kerusi MCA ialah Kota Darulaman, Gurun, Bakar Arang dan Kulim sementara MIC bertanding di Bukit Selambau dan Lunas manakala Gerakan diperuntukkan Derga serta Sidam.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata sebanyak 33 Pusat Daerah Mengundi (PDM) parti komponen BN telah bersedia bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Kita ada 672 PDM keseluruhannya dan 33 adalah PDM parti komponen…kita tengok jentera MCA, MIC, Gerakan, PPP telah siap sedia untuk menghadapi pilihan raya dan saya berharap usaha yang dilakukan jentera BN kali ini akan membawa kejayaan kepada BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Phaachara, Bertasio Kongsi Pendahulu Pusingan Kedua

Next Post

Letupan Mercun: 4 Mangsa Masuk Ke Hospital Stabil

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

Next Post

Letupan Mercun: 4 Mangsa Masuk Ke Hospital Stabil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd