• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Larangan Sepenuhnya Dagangan Dengan EU

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Oleh kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kerajaan tidak boleh mengenakan larangan sepenuhnya terhadap perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Namun, katanya, kerajaan boleh bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menentukan di mana untuk membeli dan menjual barangan, di tengah-tengah ancaman larangan minyak sawit oleh EU.

Mustapa berkata, larangan sepenuhnya akan menjadi rumit memandangkan terdapat banyak syarikat Eropah beroperasi di Malaysia, begitu juga sebaliknya.

“Ia (larangan sepenuhnya) akan menyebabkan berlakunya banyak gangguan kepada dunia (termasuk Malaysia) kerana terdapat banyak syarikat EU yang menjalankan perniagaan di Malaysia, termasuk dari Jerman, Belanda, Peranchis, Britain dan Sweden yang mana jumlahnya beratus.

“Bagaimanapun, apabila membabitkan pembelian oleh kerajaan, kita mempunyai 100 peratus kelebihan mengenai di mana kita hendak beli, seperti dalam pembelian peralatan pertahanan. Begitu juga bagi syarikat berkaitan kerajaan,” katanya selepas marasmikan pelancaran Sidang Kemuncak Pengoperasian Perladangan dan Kecemerlangan Produktiviti Sime Darby, di sini, hari ini.

Berkenaan sektor swasta, Mustapa berkata, oleh kerana Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka, kerajaan tidak dapat mengawalnya.

Cadangan mengenakan sekatan perdagangan terhadap EU dikemukakan berikutan tindakan Parlimen EU pada bulan lalu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel menjelang 2021

Setakat ini, Peranchis, Sweden dan majoriti ahli Parlimen Eropah dari United Kingdom (terutamanya dari Parti Konservatif) menentang resolusi minyak sawit EU. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd