• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Pocket Rocketman Lakar Rekod Asia Acara Pecut

oleh Ahmad Albab
19/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, hari ini.

Catatan yang membolehkan beliau mengungguli senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu memadam rekod 9.843s yang dilakukan pelumba Jepun, Nitta Yudai di pentas kejohanan yang sama tahun lepas.

Pada masa sama, catatan itu turut memadamkan rekod kebangsaan 10.074s miliknya yang dirakam pada edisi 2016 ACC di Jepun.

Pelumba yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu berkata pada awalnya misi utama adalah membuat catatan masa di bawah 10s dan langsung tidak menjangka mampu merekodkan kepantasan sehingga 9.774s memandangkan 9.8s adalah sasaran masa terpantas realisitik yang mampu dicapai.

“Fokus utama saya hari ini adalah untuk cuba lakukan catatan terbaik di bawah 10s dan ketika saya sedang menunggu giliran, Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) terlebih dahulu mencatat masa di bawah 10s jadi selepas itu saya lebih bersemangat.

“Pada awalnya saya tidak menyangka berjaya mencipta sesuatu kerana suasana ketika saya menamatkan perlumbaan itu senyap seperti tiada apa-apa kejutan yang berlaku, namun apabila saya melihat ke skrin elektronik saya terkejut dan seakan tidak percaya dengan catatan masa itu,” katanya kepada pemberita.

Atlet kelahiran Dungun, Terengganu berusia 30 tahun itu sebelum ini merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lepas. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perak Sentiasa Hargai Jasa Polis

Next Post

Bapa Elfira Sudah Pulang Semula Cincin Tunang

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Bapa Elfira Sudah Pulang Semula Cincin Tunang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd