• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Wajar Selangor Dinafi Hak Stadium Shah Alam

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Tindakan kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan Stadium Shah Alam digunakan sebagai ‘home ground’ (gelanggang sendiri) untuk pasukan Selangor bagi saingan Liga Super musim ini adalah tidak wajar.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata penafian hak beraksi pasukan ‘The Red Giants’ di stadium keramat itu tidak kena kerana gelanggang itu merupakan ‘home ground’ pasukan Selangor untuk sekian lama.

“Saya tidak pasti apa sebab kerajaan Selangor tidak bagi sama ada sebab politik atau bukan tetapi pada saya, tindakan itu tidak kena,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Gerak Gempur 2314 Pemuda Barisan Nasional (BN) Perlis di sini, hari ini.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dapat mencari penyelesaian segera berhubung isu penggunaan Stadium Shah Alam.

Susulan konflik tersebut, pasukan Selangor kini terpaksa menumpang Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selepas kerajaan negeri tidak membenarkan mereka menggunakan Stadium Shah Alam buat dua musim berturut-turut.

Bagaimanapun, difahamkan kini sudah ada perbincangan antara kerajaan negeri dan FAS dalam menjernihkan semula hubungan tegang antara kedua-dua pihak.

Selangor akan membuka kempen Liga Super dengan menentang Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Ahad ini. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinStadium Shah Alam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Undang Pemantau Luar, Cuba Beri SPR Imej Buruk

Next Post

Bacalah Al-Quran, Bukan Asyik ‘Main’ Gajet – JAIS

Related Posts

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

06/02/2024
0

SHAH ALAM : Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka akan selesai pada pertengahan tahun hadapan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang Berdepan Detik Cemas

Stadium Shah Alam Tetap Diroboh Tahun Ini

01/10/2023
0

SHAH ALAM: Stadium ikonik Selangor, Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan kira-kira 80,300 penonton itu tetap akan dirobohkan pada tahun...

Next Post

Bacalah Al-Quran, Bukan Asyik 'Main' Gajet - JAIS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd