• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Rugi RM15,200 Ditipu Kenalan Facebook

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM15,200 selepas terpedaya dengan pemberian barangan berjenama daripada kenalan laman sosial yang kononnya bekerja di Scotland.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu mendakwa berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Mohd Fazli Hassan, kononnya dari Singapura, pada Januari lalu.

Mangsa mendakwa Mohd Fazli telah mengirimkan bungkusan hadiah mengandungi pelbagai barangan seperti dua buah komputer riba jenama Apple, telefon pintar iPhone 7, set gelang berlian, beg tangan, minyak wangi dan emas kepadanya pada 14 Feb lalu.

“Pada petang 15 Feb lalu, mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bernama Lia menyatakan dia perlu membayar wang pemprosesan penghantaran itu.

“Mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM15,200 ke dalam akaun yang diberikan Lia atas nama Devinraj Dennis, namun sehingga kini tidak menerima bungkusan yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam, selepas menyedari dirinya ditipu memandangkan usahanya untuk menghubungi suspek tidak berjaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terlalu Mesra, Peminat Suruh #Zulofa Nikah!

Next Post

Pendakwah Dituduh Merogol Masuk Hospital

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

Next Post

Pendakwah Dituduh Merogol Masuk Hospital

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd