• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUKMA: Sarawak Hantar Lebih 400 Anggota Kontinjen

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak akan menghantar lebih 400 orang anggota kontinjen ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak pada September ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata sungguhpun acara taekwondo, sepak takraw dan angkat berat telah digugurkan daripada sukan teras, Sarawak masih berharap agar kontinjen negeri itu akan meraih lebih banyak pingat emas menerusi acara sukan lain.

“Kami mengambil bahagian dalam semua acara sukan, kami tidak akan menghantar atlet bagi mana-mana sukan yang kami tidak yakin memperoleh pingat, kami mahu mereka menjadi juara.

“Kami menyediakan senarai yang agak baik, mudah-mudahan kontinjen kami berupaya mengulangi sejarah pada 1994 dengan menjuarai SUKMA sekali lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Antarabangsa kelima mengenai Sukan dan Psikologi Latihan 2018 di sini hari ini.

Abdul Rahman turut mengumumkan Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan sebagai chef de mission kontinjen Sarawak ke SUKMA 2018.

Abdul Karim berkata menerusi seminar Sukan dan Psikologi itu, beliau berharap para jurulatih akan memupuk budaya penyelidikan supaya menjadi lebih cekap dan berpengetahuan ke arah meningkatkan serta membangunkan industri sukan di Malaysia.

Acara dua hari itu yang bermula hari ini dihadiri lebih 150 peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Karim Rahman HamzahSUKMA 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

100 Rumah Daif Dibaiki Menerusi Program ICU JPM

Next Post

DBKL Nafi Keluarkan Iklan Sewa Rumah

Related Posts

Johor Kekal Rekod Bersih Ujian Doping Sukma Perak

03/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Johor mengekalkan rekod bersih apabila kesemua atlet yang mewakili negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak,...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

19/09/2018
0

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya...

Next Post

DBKL Nafi Keluarkan Iklan Sewa Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd