• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Kondusif Perlu Manfaat Gelombang Digital

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Malaysia perlu melatih semula pekerja mereka, sama ada tempatan atau ekspatriat, supaya dapat menerima aliran dalam e-dagang dan gangguan digital – proses transformasi disebabkan oleh kemunculan teknologi digital dan model perniagaan – bagi meningkatkan kecekapan serta pertumbuhan ekonomi untuk mutu kehidupan yang lebih baik.

Pengarah Serantau Bagi Asia, syarikat perunding pengurusan, ECA International, Lee Quane, berkata dasar kerajaan perlu disediakan dalam dua bentuk – terus memacu pertumbuhan ekonomi dan membentuk peluang baharu bagi perniagaan, serta menaik taraf mutu kehidupan.

Walaupun Malaysia sudah meletakkan kedudukannya sebagai antara negara yang menerima ekonomi baharu, ia perlu mempunyai tahap latihan dan latihan semula untuk bakat tempatan dan ekspatriat, katanya.

Malaysia perlu berupaya menambah nilai bidang industri seperti industri digital dan berasaskan pengetahuan,” katanya kepada Bernama.

Quane berkata pengilang di Malaysia tidak seharusnya bersaing dengan negara berkos rendah seperti Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja dan Indonesia, sebaliknya dengan negara lebih membangun untuk peluang lebih besar.

“Kita menjangkakan kos sara hidup akan meningkat kerana ekonomi global dilihat mengalami pemulihan yang baik dan kadar pengangguran di banyak negara semakin kurang atau secara relatifnya akan terus rendah tahun ini.

“Sebaliknya, kita menyaksikan secara relatif pengukuhan mata wang seperti ringgit Malaysia dan dolar Singapura.

“Bagaimanapun, mutu kehidupan yang lebih baik memberikan impak lebih berkesan dengan kos sara hidup yang rendah,” katanya.

Quane menegaskan kerajaan perlu meningkatkan lagi inisiatif bagi membentuk suasana yang membolehkan usahawan terbabit dengan e-dagang dan gangguan digital membentuk dan meningkatkan operasi mereka di Malaysia, secara relatifnya, dengan sedikit kawalan.

“Ini bagi memastikan apabila sudah bertapak, mereka akan mematuhi undang-undang dan pada masa sama menjauhi industri bernilai tambah rendah,” katanya.

Selain itu katanya, sistem pendidikan di negara ini juga perlu fokus kepada Sains dan Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi memastikan generasi Malaysia berikutnya mempunyai bekalan untuk berjaya dalam suasana baharu. – BERNAMA

Tags: ECA InternationalLee Quane
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd