• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Standard WIM Diguna Pakai Operator Air, Pembetungan

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Sebanyak 17 operator air dan pembetungan di seluruh negara akan menggunakan standard khusus, Written Instructional Materials (WIM), bagi mewujudkan tenaga kerja yang cekap dan terlatih dalam menguruskan air dan pembetungan dengan lebih efisien.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Datuk Liang Teck Meng berkata WIM yang mengandungi 17 modul standard kemahiran pekerjaan kebangsaan telah dibangunkan selama lapan bulan secara bersama oleh SPAN, Malaysian Water Academy (Mywa), rakan operator air dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

“Standard khusus yang dianggap umpama ‘buku teks’ ini akan diguna pakai oleh sekitar 15,000 pekerja dari semua peringkat dalam industri air dan pembetungan seawal bulan depan,” katanya kepada media selepas sesi taklimat dan dialog kepada pihak berkepentingan berkenaan WIM di sini hari ini.

“Penggunaan WIM sebagai panduan pengurusan air dan pembetungan secara langsung akan menghasilkan pekerja yang berkelayakan dan cekap yang mana seterusnya akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna,” katanya.

Sesi taklimat dan dialog anjuran SPAN, Malaysian Water Association dan Mywa berlangsung selama dua hari bermula hari ini mengumpulkan hampir 100 peserta dari pelbagai bidang dan latarbelakang berkaitan. – BERNAMA

Tags: Datuk Liang Teck Meng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Pelajar Sekolah Antara Ditahan Miliki Air Ketum

Next Post

Sebutan Semula Kes Culik Pastor Koh Esok

Related Posts

SPAN Belum Putus Naik Surcaj Pemuliharaan Air

21/07/2017
0

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menerima permohonan daripada kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air...

Pembangkang Tandus Idea Tuduh Malaysia Muflis

08/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang semakin ketandusan idea apabila berterusan melemparkan tuduhan kononnya Malaysia sebuah negara gagal sedangkan fakta ekonomi menunjukkan...

Next Post

Sebutan Semula Kes Culik Pastor Koh Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd