• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Penganjur Maraton Di Klang Diklasifikasi NFA

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Siasatan terhadap penganjur acara Maraton Antarabangsa Bandar Klang 2017, Disember lepas, yang tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) , diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan berkata kes itu diletakkan sebagai status NFA atas arahan Jabatan Peguam Negara.

“Kertas siasatan kes itu telah di NFA pada 12 Feb lepas atas arahan Jabatan Peguam Negara dengan alasan Seksyen 36(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 bukan satu peruntukan kesalahan yang boleh dipertuduhkan.

Berikutan itu, tiada tindakan susulan yang akan diambil terhadap penganjur acara berkenaan yang mana sebelum ini disiasat di bawah akta berkenaan,” katanya.

Polis sebelum ini mengesahkan penganjur maraton itu tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada PJS susulan kemalangan yang melibatkan tiga peserta acara larian di Jalan Kapar Klang, pada pukul 4.30 pagi, 10 Dis lepas.

Dalam insiden itu, seorang parah manakala dua lagi peserta larian cedera selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika acara maraton mengelilingi bandar itu sedang berlangsung. – BERNAMA

Tags: ACP Shamsul Amar Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KOM Sasar Satu Pingat Sukan Komanwel 2018

Next Post

Gagal Cubaan Seludup 14 Individu, Barang Kawalan

Related Posts

Suspek Utama Kes Tetak Wanita Di Klang Ditahan

13/03/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes isterinya ditetak dalam kejadian di Taman...

2 Rakan Diberkas Simpan Hampir 30,000 Pil Khayal

22/11/2017
0

KLANG - Dua rakan yang baru berjinak-jinak dalam kegiatan pengedaran pil khayal diberkas polis minggu lepas, kerana disyaki menjadikan rumah...

Next Post

Gagal Cubaan Seludup 14 Individu, Barang Kawalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd