• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semporna Perlu Pusat Tapak Semaian Benih Rumpai Laut

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Daerah ini sangat memerlukan pusat tapak semaian benih rumpai laut bagi mengatasi kekurangan benih tanaman itu yang menjadi sumber pendapatan utama nelayan.

Ketua Kluster Rumpai Laut Kampung Lok Buton Hadman Indanan, 42, berkata selama hampir 16 tahun penglibatannya dalam industri rumpai laut, mereka terus berhadapan isu kekurangan benih rumpai ini yang menjejaskan kapasiti pengeluaran.

Katanya benih rumpai laut sedia ada tidak mencukupi untuk 70 peserta kluster di kampung itu memandangkan program ini berkelompok dan pusingan benih yang ditanam semula agak perlahan sehinggakan mereka terpaksa membeli benih dari Sibuan dan Kerindingan.

Beliau berkata di perairan Kebimbangan, Lok Buton dan Gelam-Gelam hanya tertumpu angin utara seperti sekarang untuk pengeluaran benih dan apabila tiba musim selatan pengeluaran benih itu perlahan untuk tempoh masa satu ke dua bulan.

“Oleh itu, perlu ada pusat tapak semaian bagi mengatasi masalah kekurangan benih rumpai laut ini dan cadangan ini telah saya ajukan kepada pihak Jabatan Perikanan sejak tahun lepas.

“Saya berharap cadangan ini dipertimbangkan bagi memastikan masalah kekurangan benih rumpai laut ini tidak menjejaskan pendapatan kami,” katanya kepada Bernama di sini.

Hadman berkata Program Pembangunan Rumpai Laut (PPRL) dengan sasaran kepada Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) di Kampung Lok Buton mampu menjana pendapatan isi rumah bagi 70 peserta kluster berdaftar hingga RM1,500 purata sebulan seorang, berbanding sebelum ini hanya RM400 sebulan.

Harga rumpai laut kini berada dalam tahap baik iaitu RM3.20 sekilo berbanding dulu hanya RM0.60 sen.

Beliau menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan serta agensi berkaitan yang sentiasa berusaha membantu pengusaha rumpai laut bagi mempromosikan industri ini. – BERNAMA

Tags: Rumpai LautSemporna
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiub Pitot Mungkin Punca Pesawat Terhempas

Next Post

Imam Masjid Al-Aqsa Puji Malaysia Bela Nasib Palestin

Related Posts

900 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Semporna

21/04/2022
0

SEMPORNA - Dianggarkan kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan kira-kira 100 pintu rumah kongsi di Penempatan Sementara...

Remaja Maut Kepala Tersangkut Enjin Bot

05/03/2022
0

SEMPORNA: Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya putus akibat tersangkut pada enjin bot ketika sedang menghidupkannya di Kampung Panji di...

Next Post

Imam Masjid Al-Aqsa Puji Malaysia Bela Nasib Palestin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd