• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayu Lihat 4 Sekeluarga Lemas Mandi Di Tok Bali

oleh
18/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Percutian sebuah keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali, di sini hari ini.

Dalam tragedi jam 10 pagi itu, mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Yazul Bahari Yakob, 46, Yusnina Yakob, 38, Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10 dan Zufika Suhaimi, 10.

Semua mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala seorang lagi mangsa, Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.34 pagi tadi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang mangsa ditemui orang awam dan usaha mengesan baki mangsa diteruskan sebelum kita menemui tiga lagi 10 minit kemudian. Usaha mengesan seorang lagi mangsa masih dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada mangsa lemas, Azarita Md Esa, 41, berkata, beliau cuba menolong tetapi arus gelombang dipercayai menarik suaminya jauh ke tengah laut.

“Kami cuba bantu, namun ombak terus tarik mereka ke laut,” katanya yang juga ibu kepada Yasmin Nor Azila yang turut lemas bersama tiga ahli keluarga di pantai kampung tersebut.

Jenazah semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, untuk bedah siasat. Sehingga 5 petang, seorang lagi mangsa, Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, masih gagal ditemui.

Gerakan mencarinya sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa. Difahamkan, sebelum kejadian, empat sekeluarga terbabit baru selesai sarapan di chalet berkenaan.

Azarita berkata, empat keluarga, masing-masing dua dari Semenyih, Selangor dan dua lagi dari Kampung Alor Pasir, Tanah Merah, membabitkan 20 ahli tiba di chalet berkenaan, kira-kira jam 6 petang semalam.

“Kami berkumpul sempena cuti panjang Tahun Baharu Cina. Kejadian itu berlaku sekelip mata. Walaupun air paras pinggang, arus deras mengheret semua mangsa.

“Sayu hati saya melihat mereka (mangsa) terkapai-kapai, minta diselamatkan. Beberapa ahli keluarga lain cuba menyelamatkan mereka, namun, gagal kerana arus terlalu kuat.

“Saya difahamkan, kaki mereka terjerlus dalam pasir berselut menyebabkan mereka tidak dapat bergerak.

“Namun, kami reda dengan kejadian ini dan menerima apa yang berlaku ini sebagai ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Anis, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa pertama, Zulaikha berjaya diselamatkan kira-kira jam 11 pagi, namun disahkan meninggal oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.

“Selang 15 minit kemudian, mangsa kedua, Yusnina disusuli Yasmin Nor Aliza ditemui anggota bomba dan terakhir, Yazul Bahari, yang juga pegawai teknikal Universiti Nottingham, Semenyih pula ditemui,” katanya.

Beliau berkata gerakan mencari mangsa kelima, Khaizuran Waliyuddin sedang giat dilakukan di sekitar lokasi oleh bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd