• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Bintang Porno” – Bekas Pemain Arsenal

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERMAINE Pennant menafikan dakwaan mengenai beliau adalah bintang porno dan menyifatkannya sebagai ‘gurauan’.

Bekas bintang Liverpool dan Arsenal, Pennant bagaimanapun berang selepas timbul dakwaan yang disiarkan di muka depan sebuah akhbar mengenai beliau melakukan aktiviti seks menerusi webcam bersama isterinya yang merupakan model terkenal, Alice Goodwin.

Menurut Pennant, dakwaan itu akan membawa kesan kepada kehidupan keluarganya.

Beliau bagaimanapun berjanji akan memaparkan isu tersebut di dalam buku autobiografinya yang akan datang.

Bercakap kepada Mirror Sport, Pennant, 35, berkata: “Memanggil saya seorang bintang porno dan menyiarkan (dakwaan) itu di muka depan mereka hanyalah satu jenaka.

“Masalahnya ialah segelintir orang akan percaya bahawa saya berada dalam industri porno.

“Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna dan buku ‘Mental’ yang akan datang, akan membiarkan orang ramai membaca kisah silam saya, tetapi saya bukan dan tidak akan menjadi bintang porno.

“Ia sesuatu yang menggelikan hati, saya seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan isteri saya dan mempunyai seorang anak tiri.

“Kebimbangan besar bagi saya dan Alice adalah pengaruh semua ini kepada keluarga dan rakan-rakan.

“”Akan ada banyak berita utama apabila buku saya keluar dalam masa beberapa bulan akan datang. Terdapat banyak perkara mengenai saya tetapi bukan sebagai bintang porno,” tegas Pennant. – Mirror/mStar Online

Tags: bintang pornopemain bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd