• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Eksport Bersih Makanan Menjelang 2030

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak mahu menjadi pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi menjelang 2030, bagi memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata 80 peratus daripada keluasan tanah di negeri itu diliputi hutan dara dan sekunder, yang boleh dibangunkan untuk aktiviti pertanian.

“Kita perlu meneroka pengeluaran makanan untuk dunia, dan untuk itu, pakar-pakar dari seluruh duna disambut baik ke Sarawak untuk membantu membangunkan industri makanan kami,” katanya pada dialog Sarawak bertema ‘Sarawak, Jambatan ke Permulaan Baharu” di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa isu perlu ditangani dan pada masa yang sama memanfaatkan potensi besar sumber pertanian negeri itu.

“Sektor itu perlu kompetitif, cergas, dinamik. mampan dan berkeupayaan menjana peluang pekerjaan dan perniagaan bernilai tinggi serta inovatif.

Bercakap pada sidang media kemudiannya, beliau berkata tanggapan bahawa pertanian merupakan aktiviti berintensifkan tenaga, gaji rendah, keadah pertanian lama selain kurang suntikan modal, tidak lagi benar memandangkan sektor pertanian merupakan industri yang menguntungkan.

Beliau berkata sektor itu menawarkan pendapatan tinggi, berasaskan pengetahuan, menggunakan aplikasi digital dan teknologi tinggi, amalan perngurusan moden serta berintensifkan modal selain menawarkan akses pasaran yang lebih luas.

Bagi merealisasikan matlamat itu, beliau berkata Sarawak memerlukan inisiatif yang inovatif serta strategi yang berkesan selain mengamalankan kaedah moden, pengkomersilan serta penggunaan teknologi digital.

Beliau berkata bagi memajukan sektor pertanian, jalan penghubung, bekalan air serta perhubungan udara dan siber perlu disediakan.

Abang Johari juga berkata menerusi sambungan Internet berkelajuan tinggi, peladang kini boleh mengurus ladang mereka dengan lebih baik memandangkan semua aspek perladangan boleh dikawal menggunakan peranti.

Dalam pada itu beliau berkata Sarawak, yang memiliki sumber yang besar mesti bergerak kepada ekonomi digital, sambil menegaskan peyambungan itu penting dalam pembangunan kawasan bandar dan luar bandar.

Ketua Menteri juga bercakap mengenai pelan membangunkan grid air yang membabitkan kos antara RM7 bilion dan RM8 bilion, bagi menyambungkan sumber air dari empangan ke rumah panjang dan kampung.

Abang Johari berkata Sarawak meneroka sumber air bagi menghasilan tenaga hidrogen bersih bagi menggerakkan ekonomi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Loque Jadi Pilihan Tulis Skor Muzik Filem

Next Post

Ahmad Zahid Rasmi Ekspo Terengganu 2018

Related Posts

TH Travel Nafi Kaitan Dengan ‘Program Haji Infaq Masyarakat’

TH Travel Nafi Kaitan Dengan ‘Program Haji Infaq Masyarakat’

08/06/2025
0

Kuala Lumpur: TH Travel & Services Sdn Bhd (TH Travel) menafikan kaitan syarikat itu dengan satu program palsu dikenali "Program...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

Next Post

Ahmad Zahid Rasmi Ekspo Terengganu 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd