• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggah Khabar Angin Riot Akan Digugurkan

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kui Hian hari ini menyanggah desas-desus bahawa Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Richard Riot Jaem akan digugurkan daripada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi dan kita tidak ada masa untuk gugurkan sesiapa… kita perlu bekerja bersama agar kuat untuk menghadapi pilihan raya.

“Kita tidak mahu SUPP sahaja yang menjadi kuat, kita juga patut jadikan politik Sarawak kuat,” kata Dr. Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak kepada Bernama hari ini.

Riot, 66, yang juga Menteri Sumber Asli dan Anggota Parlimen Serian, dikatakan akan digugurkan pada PRU14.

Anggota Parlimen enam penggal itu adalah wakil dipilih tunggal SUPP di Parlimen, selepas beliau mempertahankan Serian, kerusi luar bandar Dayak, satu-satunya kerusi yang dimenangi SUPP daripada tujuh yang ditandingi pada PRU13, selain menjadi timbalan presiden bukan Cina pertama parti.

Dr. Sim berkata sokongan kaum Cina terhadap SUPP kini semakin teguh dan ini dapat membantu Barisan Nasional (BN) negeri membaiki prestasi buruk mereka pada PRU13.

Beliau berkeyakinan nasib parti tertua Sarawak itu akan berubah pada pilihan raya kali ini.

Ditanya mengenai tindakan kumpulan serpihan SUPP, Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang turut menuntut tujuh kerusi parlimen terbabit, Dr sim berkata kerusi berkenaan merupakan kerusi tradisi SUPP dan parti lain tidak wajar menuntutnya.

Selain Serian, enam lagi kerusi yang ditandingi SUPP pada PRU lalu ialah Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei yang kesemuanya dimenangi DAP serta Bandar Miri yang dirampas Parti Keadilan Rakyat.

Kesemua kerusi terbabit adalah kawasan bandar dengan majoriti Cina.

“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) pada jamuan tengah hari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran SUPP baru-baru menyatakan beliau mahu SUPP merampas kembali kerusi Lanang dan Sibu, ini jelas menunjukkan beliau sendiri mahu SUPP bertanding di kerusi ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata sesiapa sahaja yang mahu bertanding di tujuh kerusi terbabit menggunakan lambang BN mesti menjadi calon SUPP. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Richard Riot
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Murtad Bidang Kuasa Penuh Mahkamah Syariah

Next Post

Ketua Balai Polis Ditahan SPRM Kes Rasuah

Related Posts

RPEL Bantu Lahir Pekerja Mahir Tempatan

15/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) yang memberi peluang kepada kumpulan B40 melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan taraf hidup,...

183,433 Pencari Kerja Berjaya Ditempatkan 2017

08/01/2018
0

PUTRAJAYA — Sebanyak 183,433 pencari kerja berjaya ditempatkan dalam pelbagai kategori pekerjaan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk...

Next Post

Ketua Balai Polis Ditahan SPRM Kes Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd