• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Transit Pertama Di Ibu Negara Siap 2019

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut di sini bakal menjadi rumah transit pertama di ibu negara apabila pembinaannya siap pada tahun hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pangsapuri dengan 1,200 unit berkenaan dibina khusus bagi golongan belia dan pasangan muda baharu berkahwin secara sementara sebelum memiliki kediaman sendiri.

“Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas 5.51 ekar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.

“Penyewa perlu membayar kadar sewa RM800 selama lima tahun kepada DBKL yang RM300 daripada jumlah itu kita akan simpan untuk mereka dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu beli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kelak.

“Walaupun konsep rumah transit ini bersifat penyelesaian jangka pendek, namun diharapkan dapat meringankan beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingkat hasil pengurangan kos sara hidup mereka,” katanya ketika merasmikan Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Segambut, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata​​​​​​ proses pemilihan akan dibuat melalui pendaftaran yang bakal dibuka dalam masa terdekat dan proses saringan akan dilaksanakan bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang diberikan keutamaan.

“Dalam masa yang sama, dua lagi rumah transit dengan konsep yang sama juga akan dibangunkan di Kampung Kerinchi dan Bandar Tun Razak,” katanya. – BERNAMA

Tags: rumah transit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Di Perak Makin Pulih, Mangsa Di PPS Berbaki 100 Orang

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

19/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penyeludupan migran menerusi jalan laut terbongkar selepas sebuah rumah di Sabak Bernam, Selangor, yang dijadikan transit...

Pertimbang Rumah Transit Buat Golongan Muda

31/01/2022
0

PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan perumahan transit khususnya buat golongan muda yang bekerja di ibu kota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd