• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rozita Che Wan Jelas Punca Berniqab Ketika Umrah

oleh
06/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON cantik, Rozita Che Wan menerima kritikan hebat netizen yang mempersoalkan niatnya memakai purdah ketika berada di Tanah Suci.

Pelakon berusia 45 tahun yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta itu berkata, beliau mempunyai sebab tersendiri yang mendorong dirinya untuk menyarungkan niqab ketika mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.

“Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun.

“Sebenarnya, ada sebab saya berniqab di sana. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka.

“Maklumlah, ramai orang dekat sana, beratus ribu jumlah jemaah. Sekurang-kurangnya dapat elakkan penyakit dan kurangkan risiko jangkitan,” katanya seperti dipetik mStar Online, hari ini.

Katanya lagi, meskipun beliau mengenakan niqab namun masih ada peminat yang menyedari akan kehadirannya semasa berada di sana.

Pada masa sama, Che ta turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sombong dan mengelakkan diri untuk bergambar ketika sedang mengerjakan ibadah Umrah.

“Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta.

“Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar,” katanya.

Sementara itu, Che juga turut mengakui bahawa dirinya amat merindui anak-anak terutama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang terpaksa ditinggalkan di Malaysia.

“Ini kali pertama Aaisyah ditinggalkan selama 12 hari. Kami telefon pun dia tak nak cakap, merajuk. Sekejap lagi sampai rumah kena pujuklah.

“Bila berada di Makkah memang rindu sangat dekat anak-anak sampaikan tengok anak kucing pun kita teringat anak-anak kita. Insya-Allah satu hari nanti nak pergi lagi bersama keluarga,” ujar Che Ta. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Che TaRozita Che Wan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Draf Undang-Undang Bendung Berita Palsu Masa Terdekat

Next Post

LHDN Tumpu Pada Pengelak Cukai Tahun Ini

Related Posts

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

10/12/2024
0

DAMANSARA - Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa. IKUTI...

Disuruh Jadi Ibu Remy Ishak, Che Ta Tak Mahu!

24/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Pelakon yang sentiasa menjaga keterampilan, Rozita Che Wan, mengaku baru-baru ini terpaksa menolak tawaran untuk menggalas watak...

Next Post

LHDN Tumpu Pada Pengelak Cukai Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd