• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM11 Juta Naik Taraf 17 Kawasan Flat Terengganu

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11 juta menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) bagi menaik taraf dan mengindahkan 17 kawasan perumahan flat kos rendah dan sederhana rendah di Terengganu bagi tahun 2014 hingga 2017.

Timbalan Menterinya Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, peruntukan itu bagi kawasan flat yang berusia lebih 10 tahun itu merangkumi pembaikan pagar, bumbung, mengecat bangunan, naik taraf atau ganti lif yang rosak dan pendawaian elektrik yang baharu.

Beliau berkata antara kawasan yang telah menerima peruntukan tersebut Flat Seri Kolam, Wisma Air Jernih, Kondo Rakyat, Wisma Ria dan Wisma Ladang di Kuala Terengganu yang bertujuan memberi lebih keselesaan kepada penghuni yang kemudahannya telah uzur dan rosak serta boleh mengancam keselamatan.

“Mana-mana pengurusan flat yang masih lagi belum mengemukakan permohonan boleh berbuat demikian menerusi Badan Pengurusan Bersama flat masing-masing dan majukan permohonan kepada Datuk Bandar atau Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kelulusan KPKT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek yang telah siap menerusi TP1M kepada badan pengurusan Flat Seri Kolam di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeriDatuk Mohd Jidin Shafee.

Halimah berkata sebanyak RM1.8 juta peruntukan diluluskan oleh KPKT bagi permhonan baik pulih dan naik taraf kawasan Flat Seri Kolam bagi tahun 2016 hingga 2017 merangkumi gantian pagar, tukar bumbung, cat semula bangunan dan pendawaian elektrik baharu.

Selain itu, katanya KPKT turut meluluskan peruntukan RM200,000 bagi membina gelanggang futsal di kawasan flat enam blok yang mempunyai 1,500 orang penghuni itu.

Halimah berharap penghuni menjaga dengan sebaiknya kemudahan bagi menjamin jangka hayat yang lebih panjang.

“Ia merupakan harta bersama penduduk yang berada dalam komuniti, jadi setiap penghuni bertanggungjawab menjaga harta itu bersama bagi mengelak vandalisme yang merosakkan harta awam kerana untuk mendapatkan peruntukan baik pulih bukan senang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Halimah Mohamed Sadiqueflat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki Ditahan Kes Lempar Bayi Dari Flat

15/05/2020
0

BAYAN LEPAS - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis malam tadi, bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dicampak...

Pisau, Parang ‘Terbang’ Dari Atas

10/07/2018
0

“BUKAN setakat cat dibungkus di dalam beg plastik dan botol kaca, malah pisau serta parang yang dibaling pelaku itu pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd