• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.7 Juta Bantuan Ihsan Banjir 792 Peladang MADA

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memperuntukkan RM1.7 juta wang bantuan ihsan banjir kepada 792 peladang di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang terjejas akibat bencana itu tahun lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bantuan itu diberikan kepada peladang yang mengalami kerosakan tanaman padi akibat banjir yang berlaku pada pertengahan September dan Oktober tahun lepas.

“Bantuan ini merupakan susulan kejadian banjir yang menyebabkan tanaman padi seluas 952.382 hektar bagi musim 1/2017 di kawasan MADA mengalami kerosakan​​​​​​,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi di sini hari ini.

Tajuddin berkata pemberian wang ihsan tersebut merupakan bukti kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib petani yang terjejas setiap kali berlakunya bencana.

Katanya sejak 2003 kerajaan telah membelanjakan RM104 juta bagi membantu petani yang menjadi mangsa banjir dengan jumlah tertinggi disalurkan pada 2005 iaitu sebanyak RM39 juta dan sebanyak RM23.8 juta pada 2010, iaitu ketika banjir buruk melanda negara ini.

Menyentuh mengenai peningkatan produktiviti petani di bawah MADA, Tajuddin berkata kerajaan telah membelanjakan lebih RM3 bilion bagi pembangunan infrastrutkur di kawasan itu, dengan RM2.2 bilion daripadanya melalui pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011.

Ia membabitkan projek pemodenan kawasan penanaman padi seperti pembangunan tali air dan pewujudan rangkaian jalan ladang yang sempurna.

“Pembangunan terus dijalankan setiap tahun dan ini merupakan usaha kita bagi mencapai sasaran pengeluaran padi 10 metrik tan sehektar sekaligus meningkatkan taraf hidup dan pendapatan petani,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para petani agar mengamalkan amalan pertanian baik selain menerima serta mengguna pakai teknologi yang ada bagi membolehkan produktiviti dapat ditingkatkan.

Ketika ini terdapat 57,000 pesawah di bawah MADA membabitkan tanaman padi seluas 106,805 hektar.

Terdahulu Tajuddin turut menyerahkan bantuan alatan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) kepada projek MyGAP Kampung Banggol Basin, Pendang bernilai RM32,330. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd