• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.3 Bilion Satu Keperluan Untuk Langkawi

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Peruntukan sebanyak RM1.3 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Langkawi baru-baru ini bukannya ‘dedak’ sebaliknya satu keperluan untuk kemajuan pembangunan di pulau bebas cukai itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata peruntukan tersebut adalah bagi memastikan segala pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk Langkawi dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kekangan.

“Keperluan air di Langkawi sudah berada pada tahap maksimum sebab itu kita ingin bina tempat takungan air bagi memastikan keperluan cukup. Begitu juga dengan keperluan dan kapakaran di hospital yang mana penting untuk penduduk tempatan dan pelancong sekiranya berlaku kecemasan.

Apa yang diumumkan, mereka (pembangkang) kata semuanya ‘dedak’ tetapi mereka perlu sedar apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib itu adalah atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan hanya kerajaan yang boleh mengumumkan perancangan sebegini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA dan Gerakan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berhubung peruntukan RM1.3 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lepas sebagai ‘dedak’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahmad Bashah berkata peruntukan itu membabitkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Mat Sirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).

Beliau berkata pembangkang yang sudah kehabisan isu cuma mempolitikkan perkara berkenaan namun rakyat boleh melihat dan menilai sendiri segala pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Bashah mengingatkan PPBM bahawa Barisan Nasional (BN) yakin dapat terus mengekalkan kedudukan di Kedah.

“Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor suruh saya ‘mengemas’ barang-barang kerana PPBM akan ambil alih Kedah tetapi di sini mereka yang perlu ‘mengemas’ barang mereka. Rakyat sekarang tidak bodoh nak kena tipu dengan janji-janji mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah telah meminta pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk mengkaji dan melihat semula perjalanan kereta kabel Langkawi SkyCab terutamanya ketika musim cuti bagi mengelak kejadian semalam berulang kembali.

“Bila ramai yang naik, perjalanan kereta kabel ini tidak berhenti dan itu yang menyebabkan berlakunya kerosakan, jadi kita minta LADA untuk kaji semula kerana perkhidmatan ini tidak boleh berjalan tanpa henti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Langkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd