• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Mukhriz Mula Prosiding Hina PM Ditolak

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal dalam rayuannya berhubung permohonan ex-parte bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan berkata mahkamah bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Mukhriz tidak berjaya membuktikan kes prima facie bagi menghina mahkamah terhadap Najib.

Beliau berkata mahkamah juga mendapati tiada kesilapan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semasa memutuskan bagi perkara ex-parte itu didengar berasaskan “opposed ex-parte”.

Dalam prosiding undang-undang, permohonan ex-parte didengar oleh mahkamah hanya dengan kehadiran satu pihak. Jika responden diberikan notis, pendengaran kes itu mungkin akan diteruskan berasaskan “opposed ex-parte”, dengan itu mahkamah akan mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

“Walaupun Perintah 52 Peraturan 3 (2) Peraturan-Peraturan Mahkamah 2012 menetapkan bahawa permohonan bagi kebenaran perlu dibuat secara ex-parte, mahkamah mengekalkan budi bicaranya untuk mendengar perkara itu sebagai “opposed ex-parte”,” kata Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak boleh dipersalahkan apabila memerintahkan perkara itu didengar berasaskan “opposed ex-parte”.

Tengku Maimun memerintahkan Mukhriz membayar RM10,000 sebagai kos.

Pada 27 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ex-parte Mukhriz bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Najib.

Mukhriz, yang merupakan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, memfailkan permohonan mendakwa perdana menteri telah mengeluarkan kenyataan menerusi blognya berkaitan saman fitnah yang beliau (Mukhriz) failkan terhadap setiausaha politik Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya memerintahkan mereka menyerahkan kertas kes terhadap peguam mewakili Najib dan untuk membenarkan peguam itu mengemukakan hujahan dalam pendengaran permohonan ex-parte.

Beliau berkata permohonan bagi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah perlu dibuat berasaskan ex-parte.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib, berhujah Mahkamah Tinggi adalah betul apabila mendapati tiada kes prima facie bagi menghina mahkamah, dengan itu kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah tidak patut diberikan kepada Mukhriz.

Mohamed Haniff kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan memaklumkan anak guamnya berhubung keputusan mahkamah itu dan kemungkinan besar akan memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

Mohd Hafarizam pula berkata berikutan keputusan mahkamah itu, jelas menunjukkan bahawa kenyataan dibuat Najib pada 7 Julai tahun lepas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan semua saman yang membabitkan Mukhriz dan Tengku Sarifuddin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd