• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Penolong Pegawai Kesihatan Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima wang rasuah sebanyak RM5,000.

Tempoh reman sehingga 13 Februari terhadap suspek berusia 57 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Ahmad Shakib Ismail di Mahkamah Majistret Segamat di sini, hari ini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM, tiba di perkarangan mahkamah pada 9.29 pagi diiringi pegawai daripada agensi berkenaan.

Semalam, media melaporkan suspek ditahan kira-kira 2.30 petang ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Hasil siasatan mendapati suspek disyaki menerima rasuah daripada pengurus sebuah syarikat pengurusan program dan acara sebagai balasan menyokong permohonan mereka menganjurkan program di daerah Segamat tahun ini. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahpegawai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd