• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Yang Murung Ingin Bunuh Diri

oleh Ahmad Albab
06/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEPRESI, kemurungan dan perasaan ingin bunuh diri menyumbang kepada rekod tertinggi yang dicatatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) The Befrienders apabila menerima 27,000 panggilan dan emel pada tahun lalu.

Pengerusinya, Justin Gerard Victor, berkata statistik terbabit amat membimbangkan berbanding rekod tahun lalu yang mencatatkan 25,000 panggilan dan emel.

“Peningkatan sebanyak 8 peratus membuatkan para sukarelawan melipatgandakan usaha bagi memastikan konflik pemanggil didengari dan diberikan perhatian sewajarnya.

“Kita ingin singkirkan stigma dan tanggapan negatif umum yang menjadi penghalang pesakit untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program bicara Penyakit Mental: Pembunuh Senyap sempena Sidang Kemuncak Aspirasi dan Kepemimpinan (NALS) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Pura (PWTC), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Marhani Midin; Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Nurashikin Ibrahim dan Presiden Medtweet.my, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan platform yang tersedia termasuklah jalinan kerjasama dengan KKM untuk meningkatkan kesedaran awam tentang penyakit mental.

“Sepanjang tahun lalu, lebih 50 bengkel dan program sudah dilaksanakan khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendekati golongan belia.

“Kita bantu dan beri panduan supaya setiap individu dapat memainkan peranan untuk membantu ahli keluarga atau rakan-rakan yang cenderung mengalami kemurungan atau berkeinginan untuk membunuh diri,” katanya. – myMetro Online

Tags: bunuh dirikemurungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd