• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kelantan Makin Jelas Mahu BN Kembali Tadbir

oleh AK-47
21/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan semakin jelas mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri ini dengan harapan berlakunya perubahan yang lebih baik, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia disebabkan rakyat negeri ini sudah sedar kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak berjaya melakukan perubahan kepada negeri itu sebagaimana yang diimpikan mereka.

“Mereka (rakyat) ingin melihat BN mengambil alih untuk melakukan perubahan dan membela mereka. Tempoh 28 tahun PAS memerintah tidak banyak perubahan, maka kami BN bekerja keras membela rakyat Kelantan termasuk melalui PRU14 (Pilihan raya Umum Ke-14) akan datang,” katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Tok Pa (Mustapa) Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan di sini, hari ini.

Pada program tersebut seramai 36 NGO di negeri ini hadir beramah mesra bersama Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa berkata terdapat ramai di kalangan penyokong PAS menyatakan kesediaan untuk bersama-bersama dengan BN melakukan perubahan kepada negeri itu.

“Mereka sudah muak dengan perpecahan antara PAS dan Amanah (Parti Amanah Negara) yang semakin hebat serta tidak memberikan keuntungan kepada rakyat dan kita berterima kasih ke atas kesediaan mereka itu. Mereka tidak perlu menjadi anggota UMNO, namun apa yang penting undi BN apabila tiba masanya nanti (PRU14),” katanya.

Katanya berikutan tanda perubahan yang semakin hari semakin hebat, UMNO di Kelantan akan terus berusaha untuk melakukan perubahan yang diimpikan rakyat itu.

Sementara itu, Mustapa berkata NGO di Kelantan turut mempunyai peranan besar dalam menyampaikan mesej perubahan kepada rakyat negeri itu untuk memberikan sokongan kepada BN pada PRU14.

“Beberapa NGO telah menjelajah ke seluruh negeri ini untuk menyampaikan perubahan yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan BN di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata mesej yang disampaikan itu cukup memberikan kesan dan kesedaran kepada rakyat untuk menyokong BN melakukan perubahan termasuk pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd