• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Tabika Transit Kemas Diperluas

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Projek Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Transit kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diperluaskan ke kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 27 tabika Kemas dipilih sebagai projek rintis program itu bermula Januari lalu, antaranya di Putrajaya, Gombak (Selangor), Tangkak (Johor) , Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Program itu perlu diperluas sebagai langkah kerajaan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa yang bekerja dalam kos mengasuh anak kerana waktu operasi tabika transit sehingga pukul 5.30 petang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/Taska Kemas di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Kemas Datuk Amiruddin Ariffin..

“Keutamaan diberikan di kawasan bandar dan pinggir bandar kerana di sana ramai ibu bapa yang bekerja dan kita tahu bayaran penjagaan anak atau upah mengambil pembantu rumah bukan murah.

“Berlaku situasi ibu terpaksa berhenti kerja kerana sebahagian besar gaji habis untuk penjagaan anak sahaja… jadi kewujudan lebih banyak tabika transit memberi pilihan kepada mereka untuk terus bekerja tanpa risau dengan penjagaan anak,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar untuk perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, iaitu menanggung RM250 bagi seorang pelajar tadika Kemas berbanding yuran bulanan yang dijelaskan ibu bapa sebanyak RM10 sebulan.

“Jika diikutkan, syarat untuk buka tadika Kemas kena ada sekurang-kurangnya 20 orang pelajar, namun di sesetengah kawasan terutamanya di kawasan Orang Asli, yang ada 10 kanak-kanak pun kita usahakan buka tadika supaya tiada yang ketinggalan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pelancaran tabika transit Kemas dijadualkan pada hujung Mac ini di Kuantan, Pahang.

Katanya modul pembelajaran di tabika transit ditentukan Jawatankuasa Aktiviti Tabika yang akan turut melibatkan permintaan daripada ibu bapa sama ada kemahiran mempertahankan diri, kelas agama dan fardu ain atau kelas bahasa ketiga yang menjurus kepada pembelajaran tambahan.

Beliau berkata pihaknya akan memperkasakan budaya kesedaran kebersihan di semua 11,119 tadika Kemas melibatkan lebih 220,000 pelajar supaya aspek kebersihan menjadi sebahagian daripada amalan hidup.

“Kita juga berkerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam modul kebersihan terutamanya dalam pengasingan sisa pepejal,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTabika Kemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

31/05/2023
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang untuk melakukan penstrukturan tangga gaji tenaga berasaskan kelulusan pengajar Taman Bimbingan...

Penjawat Awam Perlu Pertahan Kerajaan

Kenaikan Elaun Pembantu Tabika Kemas Diketahui Hujung Tahun

16/08/2022
0

Putrajaya : Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd