• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program 1MPAK PD: Pelbagai Peluang Kerja Ditawarkan

oleh Ahmad Albab
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan dan dipadankan untuk golongan muda di negeri ini pada program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang akan berlangsung di Politeknik Port Dickson, Ahad ini.

Pengarah Mara Negeri Sembilan Mimi Mazlin Mohamad Yusof berkata program yang bertujuan untuk membantu membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda khususnya belia di luar bandar, akan membabitkan penyertaan 28 syarikat yang berkolaborasi dengan agensi berkenaan.

“Walaupun peluang pekerjaan ini menyasarkan golongan belia namun tiada halangan untuk mana-mana individu di pelbagai peringkat umur untuk turut serta mencari kerja pada program tersebut kerana program 1MPAK ini bertujuan membantu melatih graduan berpotensi supaya dapat diwujudkan ekosistem keusahawanan sekali gus membantu menjana ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Mimi Mazlin berkata demikian kepada pemberita pada sidang media program siri jelajah 1MPAK Parlimen Telok Kemang, di sini.

Selain peluang pekerjaan, beliau berkata terdapat potongan 50 peratus harga yuran pendaftaran ditawarkan kepada belia yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi terpilih seperti German Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor.

“Bagi belia yang berminat dalam bidang keusahawanan pula, mereka boleh hadir ke program 1MPAK agar mereka tidak terlepas daripada beberapa kemudahan yang disediakan MARA dari segi latihan, pembiayaan dan premis perniagaan,” kata Mimi Mazlin.

1MPAK dilancarkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada 27 Jan lepas dan ia merupakan satu inisiatif KKLW yang diterajui Mara dengan matlamat untuk mencapai mobiliti sosial dan ekonomi terutamanya kepada kumpulan sasar iaitu isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bagi fasa pertama pelaksanaan 1MPAK, siri jelajah ke 26 daerah terpilih akan dilakukan ke seluruh negara dalam usaha menyebarkan maklumat tentang program itu khususnya kepada komuniti setempat selain menguar-uarkan inisiatif lain ditawarkan kementerian itu dan Mara serta agensi lain di bawah KKLW.

Ismail Sabri pada 24 Jan lepas dipetik sebagai berkata 1MPAK, merupakan sebahagian program jangka panjang Mara yang menyasarkan kira-kira 250,000 peluang pekerjaan dicipta dalam tempoh 10 tahun akan datang, sekali gus mengatasi masalah pengangguran dalam negara.

1MPAK, telah menarik minat penyertaan syarikat daripada industri bernilai tinggi seperti perkhidmatan perniagaan, elektrikal dan elektronik, automotif dan aeroangkasa untuk bersama menjayakan program itu. – BERNAMA

Tags: pekerjaanPort Dickcon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebakaran Kuarters, 200 Orang Hilang Tempat Tinggal

Next Post

Pondan Kantoi Dek Beg Tangan

Related Posts

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

18/10/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum...

11,000 Peroleh Pekerjaan Melalui MySTEP Setakat 15 Mac

31/03/2022
0

KUALA LUMPUR – Program jangka pendek (MySTEP) telah berjaya menempatkan hampir 11,000 pencari kerja dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan...

Next Post

Pondan Kantoi Dek Beg Tangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd