• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM ‘Celaru’ Akibat Kemelut Dalaman Parti Sendiri

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai sebuah ‘parti bercelaru’ yang tidak mampu untuk mentadbir negara berikutan kemelut dalaman yang berpunca daripada kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata parti (PPBM) itu tidak boleh menyalahkan sesiapa sebaliknya melihat kemelut yang berlaku itu berpunca daripada kepimpinan parti yang gagal untuk mengurus dan menyelesaikan masalahnya yang berlaku.

“Kemelut parti itu bukan orang luar yang nampak..tapi anggota PPBM sendiri yang nampak dan sebab itu ada yang buat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mereka keluar parti ramai-ramai bila tidak yakin lagi.

“Kecelaruan yang berlaku dalam parti itu memang jelas jadi tak akan kita nak bagi mereka kepercayaan. Rakyat perlu lihat dan menilai sendiri apa yang sedang berlaku dalam parti tersebut,” katanya selepas majlis Penyerahan 500 Basikal kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala di sini, hari ini.

Sebelum ini, anggota PPBM mendesak ROS mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan kerana mereka mendakwa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan PPBM pada 30 Dis lepas tidak sah dan melanggar peraturan perlembagaan parti.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyifatkan PPBM sebagai ‘parti huru-hara’ berikutan kegagalan mengurus dan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata beliau melihat isu pengagihan kerusi Parlimen dalam kalangan komponen parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang dilihat berlarutan dan tidak akan selesai.

Sebelum ini, dalam pengagihan 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diperuntukkan paling banyak kerusi iaitu 52 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 51 kerusi, DAP (35) dan Parti Amanah Negara (Amanah) 27 kerusi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU: ATM Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan

Next Post

Parti Pembangkang Di Sabah Berjuang Berpaksi Emosi

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

Next Post

Parti Pembangkang Di Sabah Berjuang Berpaksi Emosi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd