• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cemas… Powerbank Meletup Dalam Pesawat

oleh Haris
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUANGZHOU – Cemas apabila kebakaran berlaku di dalam kabin sebuah pesawat China Southern Airlines ketika ia baru sahaja hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, China di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan kelewatan perjalanan lebih tiga jam, tulis kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tersebut di laman sosial Weibo.

Jelas kenyataan tersebut, kebakaran itu dipercayai tercetus daripada sebuah pengecas mudah alih atau ‘powerbank’ yang diletakkan di dalam beg di ruang bagasi kabin pesawat tersebut.

Siasatan awal mendapati peranti elektronik berkenaan hanya diletakkan di dalam beg dan tidak digunakan.

Ketika kejadian, penumpang baru sahaja dibenarkan masuk ke dalam pesawat penerbangan CZ3539 itu yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang tersebut untuk ke Shanghai.

Selepas asap dan api mula menyelubungi pesawat itu, para penumpang diarahkan untuk keluar dan kembali ke ruang berlepas lapangan terbang oleh kru kabin yang bertugas.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku apabila kesemua penumpang dikeluarkan dengan selamat selepas tindakan pantas kru kabin penerbangan itu.

“Kebakaran juga tidak menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat,” menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

Satu video yang tersebar merakamkan saat cemas tersebut menyaksikan salah seorang kru penerbangan dan seorang penumpang cuba untuk memadamkan api tersebut menggunakan air minuman daripada botol air mineral dan juga jus.

Kenyataan tersebut turut memuji tindakan pantas salah seorang pramugari penerbangan tersebut untuk cuba memadamkan api tersebut secepat mungkin.

Ketika disoal netizen di aplikasi Weibo mengenai tindakan kru penerbangan bertindak menggunakan botol air dan tidak menggunakan pemadam api, pihak China Southern Airlines mengatakan bahawa wanita tersebut hanya mengambil tindakan pantas yang dirasakannya perlu ketika itu.

Pemilik beg yang mengandungi pengecas mudah alih berkenaan kemudiannya dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.

Keadaan tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama tiga jam, sebelum para penumpang meneruskan perjalanan mereka ke Shanghai menggunakan pesawat lain. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: ChinaGuangzhoupesawatTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd