• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Pecah Rumah & Kedai

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Polis Bintulu berjaya menumpaskan geng pecah rumah dan kedai di sekitar Tanjung Baru dengan penahanan tiga lelaki anggota geng itu semalam.

Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata suspek pertama berusia 37 tahun ditangkap pada 4.30 petang semalam di Tanjung Batu ketika memecah masuk sebuah pejabat manakala suspek kedua dan ketiga berusia 22 dan 24 tahun ditahan di Park City pada hari sama hasil soal siasat terhadap suspek pertama.

“Semasa suspek pertama ditangkap, polis merampas barangan antaranya motosikal, dua unit telefon bimbit, dua unit pemutar skru dan tiga resit pajak gadai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, barangan yang dirampas daripada suspek kedua dan ketiga ialah dua unit komputer riba, dua unit telefon bimbit, tiga unit kamera, satu unit tablet, 19 rangkai kunci berserta alat kawalan jauh untuk pelbagai jenis kereta dan lima rangkai anak kunci kereta dan rumah.

“Semua suspek ditahan reman sehingga 5 Feb ini untuk siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Geng Pecah Rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PLUS Tawar Rebat 20% Sempena Tahun Baru Cina

Next Post

Awas! Bahan Asing Dadah Dalam Kopi Pracampuran

Related Posts

Polis Buru Suspek Pecah Rumah Guna Estima

18/11/2018
0

KUANTAN - Polis memburu tiga lelaki yang disyaki melakukan kejadian pecah rumah di Kuantan dan Rompin, dengan menggunakan kereta mewah...

Polis Tahan 4 Individu, Tumpas Geng Pecah Rumah

14/11/2018
0

SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berumur antara 22 dan 47 tahun yang dipercayai...

Next Post

Awas! Bahan Asing Dadah Dalam Kopi Pracampuran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd