• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan ‘Datin’ Terlibat Jual Darjah Kebesaran Palsu

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan seorang wanita bergelar ‘Datin’ kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penawaran serta penjualan gelaran darjah kebesaran negeri Pahang yang tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu, dari Pulau Gadong, Melaka, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Malim, Jalan PPM 9, Melaka pada 3 petang tadi.

“Datin ini ditahan susulan laporan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang melihat satu paparan di laman sosial Facebook yang menyatakan tentang penjualan darjah kebesaran palsu itu.

“Iklan berkenaan dipaparkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menyatakan ‘Siapa hendak ambil gelaran Datuk atau Datuk Seri Pahang dll boleh jumpa saya di Kuantan Pahang pada 23/2/2018, tempat akan diberitahu kemudian, malah anda akan ikut sama,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata selepas ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit Xiaomi dan dua keping kad sim daripadanya bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 3(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

Menurutnya polis percaya ‘Datin’ berkenaan dipercayai mempunyai hubung kait dengan dua lagi suspek iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan lelaki berusia 41 tahun yang ditahan di ibu negara awal bulan ini kerana terlibat dengan jenayah itu.

Sebelum ini, polis turut menahan dua lagi rakan ‘Datin’ berkenaan dalam serbuan berasingan kerana mengiklankan jualan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ dengan harga angaran RM180,000 hingga RM400,000 di laman sosial. -BERNAMA

Tags: Supt Mohd Wazir Mohd Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

Lagi Mangsa Penipuan ‘Jenny’ Tampil Buat Aduan

05/04/2018
0

KUANTAN - Polis Pahang menerima lima lagi aduan penipuan wanita bernama 'Jenny' berhubungan tawaran rumah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd