• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Pekerja Asing Merusuh Di Sibu

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis menafikan berlakunya rusuhan oleh pekerja Indonesia di sebuah kilang papan lapis milik sebuah syarikat tempatan di Sungai Bidut pada pagi ini.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata sekitar 700 hingga 800 orang pekerja dari negara itu hanya berdemonstrasi secara aman meminta supaya syarikat tersebut menghentikan potongan levi sebanyak RM101 setiap bulan yang dikenakan ke atas mereka.

Kejadian itu turut berlaku kerana ketidakpuasan hati pekerja mengenai waktu kerja yang dikurangkan oleh syarikat serta gaji yang diterima adalah kurang.

“Keadaan terkawal. Tiada kekacauan. Pasukan kita dari pelbagai bahagian telah ke sana dan syarikat telah bersetuju untuk berbincang dengan para pekerja,” katanya.

Beliau yang dihubungi Bernama di sini hari ini berkata, keadaan telah kembali seperti biasa dan para pekerja yang terbabit telah bersurai untuk menyambung kerja mereka.

Stanley diminta mengulas mengenai gambar-gambar apa yang dikatakan sebagai rusuhan yang dimuat naik ke sebuah laman Facebook pada 11.22 pagi ini.

Turut dimuat naik ialah video kebakaran di kawasan lapang di hadapan sebuah bangunan dipercayai asrama pekerja dalam kejadian kira-kira pada 7 pagi itu, namun Stanley menyatakan ia hanya aktiviti pembakaran sampah.

Disember tahun lalu Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata, semua majikan mesti menanggung pembayaran levi pekerja asing baharu dan pekerja asing yang telah memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bermula awal Januari lalu.

Ketetapan dasar itu terpakai kepada majikan yang telah mendahulukan pembayaran levi pekerja asing sebelum ia dikuatkuasakan walaupun tempoh PLKS masih aktif dari tahun ini dan tamat tempoh pada 2018.

Tindakan tegas akan dikenakan ke atas majikan yang gagal mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar yang ditetapkan berhubung pembayaran levi pekerja asing. – BERNAMA

Tags: pekerja asingpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd