• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Labuan Bongkar Sindiket Ah Long

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Polis Labuan berjaya membongkar kegiatan pinjaman wang secara haram yang dijalankan satu sindiket yang mempunyai jaringan dengan pemberi pinjaman wang di pulau bebas cukai ini susulan penangkapan dua lelaki semalam.

Kedua-dua lelaki itu, yang disyaki ‘ah long’, ditangkap kira-kira 11.30 pagi semalam di sini dalam operasi ‘Ops Vulture’ yang dijalankan Bahagian Jenayah Komersil.

Polis turut menahan tiga wanita yang dipercayai menjadi sekutu lelaki berkenaan dengan berperanan sebagai pencari pelanggan untuk sindiket itu, yang kini mempunyai beratus-ratus peminjam.

Kelima-lima supek itu, termasuk seorang yang menjadi ‘runner’ sindiket, berusia antara 22 dan 28 tahun.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata kesemua suspek direman tiga hari bagi memudahkan siasatan dijalankan terhadap rangkaian ‘ah long’ itu, yang dipercayai yang pertama dibongkar di pulau ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas wang berjumlah RM34,133.30, sebanyak 75 keping risalah, seberkas salinan kad pengenalan, sejumlah 1,663 keping kad perniagaan, 29 buku senarai peminjam, 11 keping kad ATM, resit pembayaran, empat cap syarikat, buku skim pinjaman dan mesin pengira wang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 untuk memberi fokus kepada dalang di sebalik sindiket itu. Polis percaya sindiket berkenaan telah beroperasi agak lama bardasarkan jumlah peminjam yang ramai.

“Kami tidak pernah menerima laporan atau aduan tentang kegiatan pinjaman wang secara haram di sini sehinggalah kami membuat risikan dan operasi sendiri,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Muhamad Farid berkata sindiket itu menyasarkan peniaga kecil dan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan menawarkan pinjaman yang mudah diluluskan.

“Perniagaan seperti ini berkembang kerana terdapat pemintaan daripada orang ramai. Tanggungjawab membanterasnya bukanlah terletak kepada pihak berkuasa semata-masa.

“Sekiranya orang ramai terus memilih ceti haram, isu ini tidak akan pernah selesai,” katanya sambil menjelaskan bahawa polis akan terus melancarkan operasi bagi membanteras kegiatan itu. – BERNAMA

Tags: Sindiket Ah Long
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

29/03/2023
0

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.” Ikuti Mynewshub: Telegram Demikian antara notis hendak disampaikan...

Ah Long Jual Kad ATM RM300

30/01/2020
0

SINDIKET pinjaman wang haram atau Ah Long dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) peminjam hanya RM300 kepada pihak tertentu bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd