• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Diberi Taklimat, Latihan Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 6,348 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah diberi penerangan, perancangan, taklimat dan latihan bagi memastikan kelancaran pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata dengan perancangan teliti dibuat oleh jawatankuasa pengendalian PRU di Johor dan komitmen diberikan oleh ketua jabatan dan ketua polis daerah, anggota dan pegawai terbabit diyakini mampu menjaga keselamatan dan ketenteraman sepanjang proses PRU14.

Kekurangan sebanyak 1,200 anggota dan pegawai untuk mengendalikan PRU14 akan ditampung pasukan sukarelawan simpanan polis (PVR) serta bantuan daripada Bukit Aman, katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPK Johor di sini, hari ini.

Sementara itu, Polis Johor akan menghantar seramai 22 atlet untuk menyertai Kejohanan Karate Ketua Polis Negara 2018 di Kompleks Sukan Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 23 hingga 26 Feb ini.

Pengurus Pasukan Insp Misran Osman berkata pihaknya mengambil pendekatan untuk menghantar atlet pelapis berumur lingkungan 20-an bagi membawa cabaran pada kejohanan kali ini, dengan ditemani oleh pemain senior sebagai pembantu dalam mempersiapkan pasukan.

“Sebanyak 12 acara bagi kategori lelaki dan 10 acara bagi kategori wanita akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut dan 22 wakil ini bakal mengambil bahagian dalam kesemua kategori yang dipertandingkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd