• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PMS Hanya Bahan Gurauan Di Sosial Media” – Farah

oleh
07/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon cantik, Farah Nabilah kini menjadi tatapan serta topik hangat dalam kalangan netizen apabila sering dikaitkan dengan pelbagai isu.

Sebelum ini, heroin yang terkenal menerusi drama rantaian, Titian Cinta ini teruk dikecam netizen dek kerana komen yang diberikan kepada peserta Program Realiti TV Bintang Bersama Bintang dianggap kurang tepat.

Meskipun Farah sudah tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung hal itu, namun masih ada segelintir pihak tetap menjadikan isu itu sebagai bahan.

Mereka malahan menganggap alasan pelakon berkenaan yang menyatakan keadaan dirinya sedang premenstrual syndrome (PMS) pada ketika itu adalah sangat tidak professional.

“Sebenarnya saya hanya bergurau tentang PMS tu sebab ramai yang nampak terlalu serius pasal isu tersebut ketika itu. Kalau wartawan tanya dalam sesi temubual, takkan lah saya jawab macam itu.

“Saya hanya melawak di media sosial dan tak ada pun jadikan keadaan saya itu sebagai alasan untuk menutup kesalahan atau apa saja anggapan yang dilemparkan,” jelas Farah dipetik Sinar Online, hari ini.

PMS atau Premenstrual syndrome merupakan simtom dialami wanita menjelang kedatangan kitaran haid. Pun begitu, apa yang terjadi sama sekali tidak menghalang pelakon itu untuk terus menjadi dirinya sendiri.

Malah, Farah memberitahu bahawa dia menghormati segala teguran yang diberikan tetapi lebih selesa hanya mengambil perkara yang positif sahajademi kerjaya seninya.

“Apa sahaja yang berlaku, saya jadikan pengajaran dan cuba perbaiki pada masa depan. Apa pun lebih selesa untuk jujur dan berterus-terang dalam menyuarakan sesuatu.

“Terpulang kalau orang nak terima atau sebaliknya. Memang betul orang kata, kalau jujur sangat pun payah juga, tapi saya tak boleh nak hipokrit, tunjuk baik semata-mata nak suruh orang suka saya,” ujar Farah.

Dalam perkembangan lain, Farah dikatakan turut dicalonkan untuk kategori Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan untuk DFKL 2018. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Farah Nabilah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mercun Thaipusam: 2 Sahabat Dipenjara, Denda

Next Post

Mangsa Banjir Di Sarawak Naik Kepada 4,602 Orang

Related Posts

Silap Letak Nama, Remy Ishak Kena ‘Serang’ Peminat

05/06/2018
0

PELAKON, Remy Ishak ‘diserang’ peminat selepas memuat naik sebuah entri di Instagram yang menyaksikan dia tersilap meletakkan nama pada kapsyen...

Watak Lebih Mencabar, Farah Selesa Ganding Dengan Aliff

20/05/2018
0

SEBAGAI seorang pelakon yang sedang membina nama dalam industri seni, Farah Nabilah tidak menganggap bergandingan bersama mana-mana aktor berstatus suami...

Next Post

Mangsa Banjir Di Sarawak Naik Kepada 4,602 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd