• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM ‘Terlepas Cakap’ Tarikh PRU Sebagai Hari Raya Lagi

oleh
04/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Umum tentu maklum bahawa tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO sekarang hanya akan berakhir pada 24 Jun depan.

Ini bermakna Parlimen akan dibubarkan dengan sendiri secara automatik sama ada diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atau pun tidak pada tarikh tersebut yang berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan.

Namun, Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sebenarnya boleh diheret lagi tambahan selama 60 hari kemudian iaitu hingga 24 Ogos yakni seminggu menjelang tarikh kemerdekaan negara bebas daripada penjajahan British.

Sama ada secara sengaja atau tidak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah ‘bikin panas’ mengenai spekulasi tarikh sebenar untuk PRU kali ini dalam ucapan beliau sendiri di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat.

Beliau dilaporkan ‘terlepas cakap’ perkara tersebut semasa majlis penyerahan surat tawaran tajaan Yayasan 1MDB untuk peserta Program Khas Haji Perdana Menteri pada tahun ini kepada 1,200 penerima dari seluruh negara.

Najib secara berkias berkata, peserta program kali ini yang terima tajaan tersebut hanya akan mula berlepas ke Makkah pada 14 Julai iaitu setelah habis sahaja selesai sambutan bulan Syawal secara berperingkat-peringkat.

“Pada 14 Julai bererti bahawa tuan-tuan akan ‘lepas’ dua peristiwa, satu Hari Raya Aidilfitri dan satu lagi… hari raya yang satu lagi tu… kemudian, barulah tuan-tuan akan pergi naik haji ke Tanah Suci. Kita buat lebih awal lagi.

Baca: PM Serah Tawaran Haji 1,200 Peserta Tajaan Yayasan 1MDB

“Lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati, kalau kerajaan kita masih kekal, semua akan dapat menunaikan haji, segala-segalanya tidak berubah selagi kerajaan ini tidak berubah, semuanya jalan,” kata Najib berseloroh.

Awal Ramadan tahun ini dijadualkan pada 17 Mei manakala Hari Raya Aidilfitri pula dijadualkan 15 Jun bergantung kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Istana Negara selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun jika diambil kira tarikh peserta tajaan Yayasan 1MDB itu berlepas mulai 14 Julai, makanya ada lagi tempoh masa sebulan. Namun waktu itu umat Islam masih lagi dalam musim mood perayaan Hari Raya Puasa.

Tanda tanya timbul apakah wajar PRU dibuat dalam suasana ceria itu? Jika berpandu pada cakap Perdana Menteri itu, apa yang boleh dibuat perkiraan beliau mungkin tidak akan tunggu sehingga tarikh tempoh akhir 24 Jun depan.

Ini bermakna mana tahu ada kemungkinan besar beliau setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong akan umum terus pembubaran Parlimen untuk diadakan PRU ke-14 sebelum bermulanya puasa pada bulan Ramadan.

Jadi, ramai penganalisis politik boleh jenguk tarikh apakah pada pertengahan atau hujung April. Ini kerana sidang Parlimen penggal pertama dijadual berlangsung dari 5 Mac hingga 5 April depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBPRU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Dua Lelaki Proses Air Ketum

Next Post

‘Main’ 334 Kali Dengan Mangsa Sejak Usia 5 Tahun

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

'Main' 334 Kali Dengan Mangsa Sejak Usia 5 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd