• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Pemimpin Transformatif, Multikulturalis

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan kebebasan bersuara kerana kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersifat transformatif dan multikulturalis.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ciri-ciri kepimpinan itu yang bebas perkauman, bersifat demokratik dan berpaksikan rakyat, menjadikan Najib mampu melakukan banyak perubahan dan kekal menjadi perdana menteri sehingga sekarang.

“Hasilnya, rakyat Malaysia hari ini bukan sahaja mengecapi kemakmuran ekonomi, tetapi juga menikmati kebebasan bersuara. Tiada tahanan dikenakan terhadap rakyat yang mengkritik beliau dan isterinya, menteri-menteri kabinetnya, dan partinya di media sosial dan di demonstrasi jalanan.

“Malah, tiada juga tangkapan seperti Operasi Lalang ke atas pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil yang tanpa henti mengkritik, menyebar fitnah dan menularkan berita palsu terhadap pemerintahan beliau,” katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh berkata Najib telah berjaya menjadikan Malaysia demokratik, menegakkan kedaulatan rakyat, mengagihkan peluang ekonomi secara saksama, mewujudkan pentadbiran yang berkebajikan, dan melaksanakan pemerintahan Islam yang moderat.

“Memandang ke depan, sewajarnya kita bersyukur kerana dipimpin oleh Najib Razak,” katanya.

Salleh berkata sejarah menunjukkan ramai pemimpin dunia yang kecundang ketika sedang melakukan perubahan.

“(Bekas pemimpin Soviet Mikhail) Gorbachev gagal apabila memperkenalkan Glasnost dan Perestroika, (bekas Presiden Indonesia B.J) Habibie ditolak oleh partinya apabila mereformasikan birokrasi dan tenteranya, malah (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhajat membawa pembaharuan dalam kerajaan Barisan Nasional telah dipecat dan dipenjara oleh mentor politiknya sendiri,” katanya.

Beliau berkata ini menunjukkan menjadi pemimpin transformatif tidak mudah, apatah lagi perubahan yang dibawa itu adalah di negara yang majmuk masyarakatnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jual Buaya, Ular Sawa Melalui FB, WhatsApp

Next Post

Hanya Kru Kabin Lelaki AirAsia Ke Aceh

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Hanya Kru Kabin Lelaki AirAsia Ke Aceh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd