• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Mohon Semakan Kehakiman Keputusan RoS

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) menjawab permohonan mereka mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar.

Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co dengan menamakan RoS sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Parti Harapan menamakan Setiausaha Jawatankuasa Penaja Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus; serta Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh selaku pemohon.

Kesemua pemohon menuntut deklarasi bahawa tindakan RoS yang tidak mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar dan membalas surat bertarikh 6 Februari lalu adalah bercanggah dengan kewajipan statutori dan harapan sah mereka.

Mereka juga menuntut deklarasi tindakan itu tidak munasabah, mala fide, dan menuntut perintah mandamus bagi mendesak RoS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Berdasarkan afidavit yang difailkan bersama permohonan itu, Abang Ahmad Kerdee berkata satu permohonan bagi pendaftaran Pakatan Harapan telah dibuat pada 28 Julai 2017, namun beliau mendakwa RoS tidak memberi maklum balas biarpun beberapa pucuk surat telah ditulis kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Abang Kerdee berkata jika Pakatan Harapan tidak didaftarkan sebagai pertubuhan berdaftar, calon-calon pilihan raya dalam parti komponen Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, PAN atau PPBM tidak akan dapat menggunakan logo Pakatan Harapan atau parti-parti komponen Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Adelina Terima Pampasan RM63,900

Next Post

48 Pelajar Keracunan Selepas Nikmati Sarapan

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

Next Post

48 Pelajar Keracunan Selepas Nikmati Sarapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd