• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Mental Bawa Ambulans ‘Jalan-Jalan’

oleh Haris
01/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN permainan video Grand Theft Auto (GTA), seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan polis selepas bertindak melarikan ambulans dari Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, Sarawak, hari ini.

Bagi mereka yang pernah bermain GTA, pasti pernah terbayang melakukan perkara demikian, namun lelaki berusia 36 tahun ini bertindak satu langkah ke hadapan dengan benar-benar melakukannya.

Suspek yang berumur 36 tahun dari Kampung Siol Kandis, Kuching itu ditahan polis sekitar 1.50 petang tadi selepas sejam melarikan ambulans tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar, suspek sebelum itu telah dimasukkan ke HUS bagi mendapatkan rawatan di situ semalam.

“Bagaimanapun, suspek tiba-tiba melarikan sebuah ambulans milik pusat perubatan pakar swasta selepas petugas terbabit membawa pesakit masuk ke dalam HUS kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

“Kira-kira sejam kemudian, pasukan polis menemukan ambulans terbabit ditinggalkan di tepi Jalan Green berhampiran Wisma Saberkas di sini,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Jelas beliau, suspek bertindak keluar meninggalkan kenderaan itu selepas menyedari dirinya diburu polis dan melarikan diri ke kawasan pusat beli belah yang berdekatan.

Walaubagaimanapun, polis berjaya memberkas suspek di kawasan hospital berkenaan selepas dia dipercayai kembali ke HUS selepas melarikan diri meninggalkan ambulans tersebut.

“Usaha suspek untuk meloloskan diri daripada polis gagal apabila dia ditahan di kawasan HUS.

“Kita syaki suspek berlari semula ke HUS dari pusat beli belah itu sebelum dia berjaya diberkas,” jelasnya.

Ujarnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk kehadiran suspek yang tidak disedari petugas sehingga bejaya menyusup melarikan ambulans tersebut.

Sementara itu, perkongsian video live di akaun Facebook Sarawak Report turut mendapat komen-komen lucu dari netizen.

“Rasa-rasa pesakit tersebut sebenarnya bercita-cita nak jadi driver ambulans, dia nak cuba drive tapi tak ada peluang. Inilah peluang dia.

“Good Job untuk dia sebab tak langgar orang lain dan tak buat kerosakan pada ambulans tersebut,” tulis seorang pengguna bernama Fadzeli Ali Ting.

“Banyak gilak main game GTA ni…,” tulis Chairil Raduan di ruangan komen tersebut.

Benar juga apa yang dikatakan netizen ini, nasib baik lelaki tersebut tidak melanggar kenderaan lain di jalan raya.

Pihak hospital juga selepas ini perlu lebih berwaspada selepas ini agar kejadian ini tidak berulang supaya boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Tags: AmbulansdilarikanhospitalKuching
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd