• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Teksi Helikopter Dilancar

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pernahkah anda terfikir dengan hanya beberapa gerakan jari pada skrin telefon pintar anda boleh menempah perkhidmatan teksi helikopter untuk membawa anda ke destinasi yang anda mahukan?

Kedengarannya agak luar biasa namun itulah yang akan ditawarkan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan helikopter pelancongan dan komersial, Heli Outpost Sdn. Bhd. yang diterajui seorang anak muda berusia 29 tahun dari pulau ini, Faiz Fahmi Sazali.

Aplikasi ‘Heli Taxi’ yang sedang dibangunkan itu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan lagi, sekali gus akan memudahkan pelanggan menempah perkhidmatan mereka.

“Aplikasi ini menawarkan dua perkhidmatan iaitu ‘Helicopter Tour’ iaitu tempahan untuk mengelilingi Pulau Langkawi dan ‘Helicopter Taxi’ yang akan menerbangkan pelanggan terus ke destinasi yang dikehendaki seperti dari Alor Setar ke Ipoh,” kata Faiz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan kepada Bernama.

Usahawan muda itu ditemui selepas pelancaran aplikasi tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini bersempena Karnival ‘I Am Usahawan GO 4.0’ anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Faiz berkata pada masa ini syarikatnya mempunyai 11 helikopter iaitu enam model Robinson 44 yang boleh memuatkan empat penumpang termasuk juruterbang serta lima model Robinson 66 berkapasiti lima penumpang, dengan tiga ditempatkan di Langkawi manakala baki berpangkalan di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Katanya sejak beroperasi pada 2009, perkhidmatan yang ditawarkan syarikatnya mendapat sambutan memberangsangkan dengan kira-kira 5,000 penumpang direkodkan setahun dalam tempoh tiga tahun pertama beroperasi.

Jumlah itu semakin meningkat dan tahun lepas syarikat mencatatkan jumlah penumpang tertinggi setakat ini iaitu 18,000 orang, melibatkan purata 20 penerbangan sehari dengan kebanyakan pelanggan adalah pelancong dari Timur Tengah, katanya.

Sementara itu, Presiden DPMM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata penyediaan e-hailing ‘Heli Taxi’ itu merupakan sebahagian usaha ke arah ekonomi digital seperti yang digalakkan kerajaan.

“Perkembangan ekonomi digital begitu mendadak…kalau kita lambat kita akan ketinggalan dan di Langkawi ini Faiz adalah satu contoh usahawan ekonomi digital menerusi pembangunan aplikasi teksi helikopter itu yang merupakan satu perkara baharu dalam bidang perkhidmatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru usahawan memanfaatkan peluang yang ada memandangkan ekonomi digital kini dilihat semakin matang dan mula mengukuh di pasaran luar seperti China, Eropah, dan India. – BERNAMA

Tags: helikopterLangkawiTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

13/12/2025
0

SUBANG JAYA, 13 Disember — Sebuah lori treler panjang yang membawa muatan helikopter telah mencetuskan kesesakan lalu lintas serius selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd