• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergaduhan 2 Rakan Bertukar Tragedi Ngeri

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergaduhan dua rakan sekerja bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seorang maut ditikam manakala seorang lagi bertindak menggantung diri selepas dipercayai menikam rakan dan mencederakan majikan mereka, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi di sebuah kedai runcit di Taman Selayang Batu Caves itu, seorang lelaki warga India berusia 32 tahun dipercayai telah menikam rakan senegaranya yang berusia 51 tahun dan majikan mereka, warga tempatan berketurunan India Muslim.

Menurut sumber polis, lelaki yang dikenali sebagai Aathamsa Raja Mohammed itu ditemui tergantung di dalam kedai berkenaan manakala rakannya, Sahubar Ali didapati terbaring dengan kesan tikaman di tempat kejadian.

Majikan mereka, Mohammad Rasul Mohd Hanifa, 42, yang cedera parah di bahu dan kepala ditemui berhampiran kedua-dua mangsa.

Mangsa kini dirawat di Hospital Selayang manakala kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurut sumber itu siasatan awal polis mendapati Rasul cedera semasa cuba meleraikan pergaduhan kedua-dua pekerjanya tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata motif kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kes gaduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

12/04/2023
0

Kota Belud : Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang disyaki terbabit dalam pergaduhan hasil rakaman video yang tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd