• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Pakatan Cetek Pemikiran – PSM

oleh AK-47
03/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SERANGAN bertali arus oleh mereka yang dipercayai pro-Pakatan Harapan terhadap pihak yang sokong kempen #UndiRosak secara tidak langsung memperlihatkan sikap mereka di luar kepompong sebenar”

Penyelaras Meja Wanita dan Isu Gender Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nurhayyu Zainal berkata, serangan itu menunjukkan betapa cetek pemikiran mereka mendepani perbezaan pendapat, malah mudah menuduh kempen #UndiRosak kononnya didalangi ‘pemakan dedak’

Tegas beliau, Albert Einstein dalam satu petikan ada menyebut “The Only Thing More Dangerous Than Ignorance Is Arrogance (satu-satunya perkara yang paling berbahaya berbanding kebodohan adalah kesombongan).

“Apa yang membimbangkan, sikap angkuh pembangkang ini dicontohi oleh tentera siber dan pengikutnya yang seksis dengan lontar komentar menghina dan ‘kotor’ terhadap wanita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Maryam yang menjalankan kempen #UndiRosak menjadi mangsa pembulian siber oleh penyokong Pakatan Harapan yang tidak bersetuju dengan kempen bodoh tersebut.

Gadis yang dituduh sebagai ejen propaganda Barisan Nasional (BN) itu antara lain digelar sebagai “pelacur”, “perempuan murahan” dan “tisu tandas”

Selain Maryam, aktivis Hafidz Baharom yang turut terlibat dalam kempen #UndiRosak juga diserang oleh penyokong Pakatan Harapan dengan artikel-artikel berunsur fitnah

Maryam bagaimanapun menafikan tuduhan penyokong Pakatan Harapan bahawa dia bekerja untuk BN. Gadis itu sebaliknya menjelaskan dirinya dan penyokong kempen #UndiRosak adalah penyokong pembangkang.

Malah, katanya, bertahun-tahun menjadi sukarelawan pembangkang dan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram jalanan di ibu negara seperti Bersih.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, penyokong kempen #UndiRosak merasakan Pakatan Harapan sendiri telah mengabaikan prinsip-prinsip tertentu.

Nurhayyu seterusnya membangkitkan pada September tahun lalu barisan pemimpin wanita Pakatan Harapan dan sosok feminis tanah air berhimpun kononnya membantah politik toksik dan menuntut politik bersih.

“Melihat sikap pasif segelintir figur yang menghadiri perhimpunan tersebut berkenaan ancaman seksis terhadap Maryam Lee amatlah mengecewakan.

“Perjuangan isu wanita tidak seharusnya bersifat selektif atau condong kepada kepentingan politik semata. Usah jadikan isu wanita sebagai retorik politik hipokrit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #undirosakNurhayyu Zainal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Perlu Undi Rosak, Pilih Kerajaan Pembangunan

11/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak perlu merosakkan undi dan terpengaruh dengan gerakan merosakkan undi oleh pihak tertentu yang berpendapat...

Kempen Undi Rosak Usaha Sabotaj PRU – Adnan

31/01/2018
0

KUANTAN – Kempen #undi rosak yang dilancarkan kumpulan tertentu dilihat sebagai usaha untuk mensabotaj pilihan raya umum yang bakal diadakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd