• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Sungai & Pemantauan Sungai Wajar DiLakukan PBT

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pendekatan proaktif dan inovatif seperti menubuhkan unit sungai dan merancang pemantauan sungai-sungai wajar dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menangani isu pencemaran sungai di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata saranan awal penubuhan unit sungai di kawasan masing-masing bagi pemantauan secara khusus perlu untuk pemeliharaan sungai selain sebagai usaha melestarikan khazanah alam yang berharga sebagai sumber utama air mentah negeri.

“Pihak PBT mestilah mengambil semangat Titik Sentuhan Bajet Negeri Johor 2018 dan ianya menjadi titik tolak kepada komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam menjayakan Dekad Baharu Johor yang hijau lagi lestari seperti mana terkandung dalam Amanat 2018 Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayub turut berkata isu pencemaran sungai serta langkah bersepadu mengatasinya antara agensi akan menjadi agenda tetap di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan di setiap daerah dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertindak sebagai urusetia.

“Penyelarasan di peringkat daerah adalah amat penting bagi memastikan tindakan yang pragmatik dan pemantauan berkala dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya lagi.

Ayub turut berkata usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ini tidak akan berjaya sekiranya masyarakat tidak memberikan kerjasama jitu.

“Masyarakat adalah agen penggerak dan nadi di dalam tekad merealisasikan sungai yang hidup dan lestari,” katanya lagi.

Terdahulu, Ayub mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Pemantauan dan Penyelesaian Pencemaran Sungai Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, yang dihadiri Setiausaha Bahagian, Unit Perancang Ekonomi negeri, Ahmad Nazir Mohd Nasir dan Timbalan Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Norazmah Ahmad.

Beliau mengambil contoh pendekatan proaktif oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang mengambil inisiatif awal menubuhkan unit sungai dan merancang pemantauan sungai-sungai di bawah pentadbirannya wajar dijadikan contoh oleh PBT lain termasuk di luar wilayah Iskandar Malaysia.

Turut dibentangkan dalam mesyuarat itu adalah Program Pemuliharaan Sungai Skudai yang dirangka hasil pencernaan idea bersama agensi-agensi terlibat oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Program ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif “Sungai Skudai Water Blueprint” (2012 – 2015) oleh JPS dan diolah secara holistik dengan mengambil kira pengurusan data spatial dan pembabitan masyarakat dengan mengangkat “Sungai Skudai Nadi Muafakat Johor”. – BERNAMA

Tags: Datuk Ayub Rahmat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Antivaksin Undang Penyakit Mudah Berjangkit

27/03/2018
0

BATU PAHAT - Tindakan segelintir ibu bapa yang enggan mengambil vaksin untuk anak-anak mereka boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit mudah...

Banjir Hampir Pulih, Johor Tutup Bilik Gerakan Bencana

16/01/2018
0

JOHOR BAHRU - Bilik gerakan bencana negeri yang diaktifkan sejak lima hari lepas berikutan banjir telah pun ditutup pukul 8...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd