• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengacara 3R Kahwin Lesbian Di Australia?

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKEJUT dan tergamam… Sejak semalam, kecoh di kebanyakan portal hiburan tempatan tentang ‘kisah percintaan’ pengacara program 3R (Respek, Relaks, Respon), Rafidah Abdullah yang dikatakan sudah berkahwin dengan kaum sejenis!

Semuanya bermula apabila salah seorang wartawan di portal Media Hiburan memberitahu bahawa dia telah menerima satu kiriman WhatsApp daripada seorang individu yang mengatakan berkenaan isu tersebut.

“Dengar kata dia ni pengacara popular televisyen yang bercinta dengan kaum sejenis.

“Bukan takat bercinta dengar kata diorang dah kahwin dekat Australia. Tapi wallahualam lah,” kata individu berkenaan.

Rafidah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Dia turut menjadi pengacara program 3R yang merupakan program kegilaan remaja perempuan sekitar tahun 2000.

Selain Rafidah, antara pengacara lainnya ialah Low Ngai Yuen, Azah Yazmin Yusof, Kartini Ariffin dan Celina Khor.

Tidak diketahui sama ada perkara itu benar atau tidak namun kekecohan itu telah menyebabkan tuan empunya badan menukar mode Instagramnya kepada private supaya tiada gangguan yang diterima daripada pihak luar berkaitan kontroversi itu.

Bagaimanapun, hasil carian di Instagram individu yang dikatakan kekasih hatinya, pemilik Instagram @konigsegelfisch telah dinyahaktifkan dan tidak banyak gambar yang dapat dilihat.

Lebih mengejutkan apabila hasil carian kami di laman Twitter, mendapati seorang netizen telah mengetahui lebih awal tentang perkara ini sejak 6 Februari yang lalu.

Namun kontroversi ini masih tidak diketahui kesahihannya lagi kerana tiada sesiapa yang dapat menghubungi Rafidah sendiri berkaitan perkara ini.

Maka, selepas ianya tular di media sosial, ramai anak muda berasa kecewa kerana sebelum ini mereka sangat mengagumi Rafidah yang banyak memberi contoh yang baik.

Karya pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga boleh dikatakan sebagai satu naskah yang berkualiti dan antaranya ialah program 3R sendiri, Gol & Gincu (2005) dan Kami Histeria.

Jika benar kontroversi ini, kita doakan sahaja semoga Rafidah kembali ke jalan yang benar dan jika ianya tidak benar sama sekali, mudah-mudahan tuan empunya badan akan tampil ke hadapan demi membersihkan semula imejnya yang sudah tercalar. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: 3Rkaim sejenisNetizenRafidah Abdullah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Laporan 3R Diterima Sepanjang Kempen Di KKB – IGP

Tiada Laporan 3R Diterima Sepanjang Kempen Di KKB – IGP

11/05/2024
1

Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya...

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

02/12/2023
0

CHUKAI: Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd