• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendedahan Jantina Sajat ‘Dihalang’ Pihak Ketiga

oleh
14/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINI tiba masanya untuk rakyat Malaysia mengetahui tentang identiti jantina sebenar usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Baca: Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat

Ini: Jakim Atur Langkah, Jantina Sajat Bakal Terbongkar

Juga: Pertemuan Sajat – Jakim Dianggap Positif

Sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberitahu bahawa tempoh paling minimum untuk mereka mengetahui keputusan ialah selama sebulan.

Namun hari ini, menurut mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof memberitahu bahawa pihak mereka telah ‘dihalang’ oleh individu ketiga iaitu di pihak pengasas Nur Sajat Beautician itu sendiri.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya ringkas.

Kini proses pendedahan jantina usahawan tersebut akan menjadi lebih rumit dan lama kerana campur tangan orang ketiga.

Bagaimanapun, Mohd Izwan tidak mahu mendedahkan identiti pihak ketiga tersebut.

“Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang,” tambahnya lagi.

Mohd Izwan yang merupakan pakar menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender, (LGBT) memberitahu bahawa pihak Jakim sama sekali akan tetap komited terhadap tanggungjawab mereka bagi melakukan proses keputusan identiti sebenar jantina usahawan kontroversi berkenaan.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang sudah bersedia menanti jawapan daripada pihak Jakim sendiri.

“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, pihak mStar Online juga telah menghubungi Sajat berkenaan isu tersebut namun mereka masih lagi menunggu maklum balas daripada Sajat sendiri.

Selain itu, Azwan turut menafikan bahawa seorang pegawai wanita Jakim telah mengesahkan identiti sebenar Sajat sebelum ini.

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” jelasnya lagi.

Kini, pendedahan identiti Sajat akan menjadi lebih rumit serta mengambil masa yang lama.

Jadi, diharapkan semua rakyat Malaysia agar tetap bersabar dan jangan mengeluarkan sebarang spekulasi murahan sebelum ianya dishakan oleh pihak JAKIM sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Jakimjantina SajatNetizenNur Sajat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Ingin Kongsi Keharmonian Pelbagai Kaum

Next Post

Hutang Luar Malaysia Kekal Terurus – BNM

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post

Hutang Luar Malaysia Kekal Terurus - BNM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd