• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan Bersih MAHB 2017 Naik 3 Kali Ganda

oleh
25/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUKUH… Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan peningkatan pendapatan bersih 224 peratus kepada RM237.1 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding RM73.17 juta pada 2016.

Syarikat itu merekodkan pendapatan bernilai RM4.65 bilion, serta pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan berjumlah RM1.91 bilion dalam tempoh sama, masing-masing meningkat 11.5 dan 11.8 peratus.

“Prestasi dengan gabungan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SGIA) di Turki, membolehkan kumpulan mengendalikan 127.9 juta penumpang, meningkat 7.8 peratus dari tahun kewangan 2016.

“Trafik penumpang bagi operasi Malaysia juga berkembang 8.5 peratus kepada 96.5 juta, melepasi 90 juta buat pertama kali, serta mencapai lebih 50 peratus bahagian pasaran daripada penumpang antarabangsa,” jelasnya.

Dalam satu kenyataan di ibu negara, pengendali lapangan terbang itu memberitahu, 2018 menjanjikan prospek yang baik kepada MAHB kerana komitmennya dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Jelas syarikat berkenaan lagi, unjuran pergerakan penumpang antarabangsa bagi sektor di China, India dan rantau Asia Tenggara dijangka membentuk sekitar 75 peratus daripada trafik antarabangsa sepanjang 2018.

“Berdasarkan ekonomi semasa serta kapasiti tempat duduk tambahan ditawarkan syarikat penerbangan, trafik penumpang bakal berkembang 6.3 peratus, masing-masing 8.3 peratus bagi antarabangsa dan 4.2 peratus domestik.

“Sementara itu juga, SGIA pula dijangka mampu untuk mencatatkan sebanyak 34 juta pergerakan penumpang untuk tahun 2018, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang stabil di negara tersebut,” jelasnya.

MAHB mencadangkan dividen tahap satu, lapan sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2017, bersama dengan dividen interim awal lima sen sesaham, menjadikan jumlah dividen mencecah 13 sen berbanding 10 sen tahun 2016.

Ditubuhkan pada 1991, MAHB ketika ini selain mengendalikan SGIA, ia turut menguruskan 39 buah lapangan terbang di seluruh Malaysia dengan 10,000 kakitangan kecuali Senai di Johor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd